Kerinduan kira-kira 2,500 peminat setia Noah akhirnya terubat apabila band dari Indonesia itu memperdendangkan hampir 20 buah lagu hit mereka menerusi Konsert Noah Live in KL yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Memulakan persembahan tepat jam 8.45 malam, Noah yang dianggotai Ariel selaku vokalis, Lukman (gitaris) dan David (keyboardist) menggamatkan pentas dengan lagu pembukaan, Separuh Aku yang di ‘sing along’ bersama-sama peminat setia mereka.

Berbekalkan pengalaman lebih 22 tahun dalam industri muzik, Ariel dilihat cukup bijak bergerak menggunakan keseluruhan pentas agar energi yang diberikan setara buat semua peminat yang hadir.

Noah telah mempersembahkan hampir 20 buah lagu termasuk lagu-lagu hit dari awal penubuhan band tersebut sekitar sedekad yang lalu seperti Menghapus Jejakmu, Yang Terdalam, Bintang Di Surga, Mungkin Nanti, Ku Katakan Dengan Indah, Ada Apa Denganmu dan lain-lain.

Rindu 2,500 Peminat Terubat, Noah Janji ‘Turun’ KL Lagi Tahun Hadapan!

Rindu 2,500 Peminat Terubat, Noah Janji ‘Turun’ KL Lagi Tahun Hadapan!

Ads

Persembahan Noah turut diiringi tiga pemuzik profesional pada malam tersebut.

Teruja dengan sambutan hangat peminat di Malaysia, Ariel berkata kumpulan itu sudah mempunyai perancangan untuk kembali ke KL untuk satu lagi konsert berskala besar pada tahun hadapan.

“Sambutannya cukup luar biasa, terima kasih buat semua peminat yang telah menyokong Noah sejak dari dahulu lagi.

Ads

Rindu 2,500 Peminat Terubat, Noah Janji ‘Turun’ KL Lagi Tahun Hadapan! Rindu 2,500 Peminat Terubat, Noah Janji ‘Turun’ KL Lagi Tahun Hadapan!

“Kali terakhir kami perform di sini pada lima tahun lalu dan ternyata energi dan sambutan peminat tetap sama macam dulu.

“Dan kami berjanji akan kembali ke sini lagi tahun hadapan untuk membawakan lagu-lagu dalam album baharu Noah nanti,” kata Ariel teruja.

Ads

Menariknya, konsert Noah membawakan kelainan apabila peminat diberikan ‘concert kit’ yang mengandungi LED wrist-band atau gelang tangan led sebelum memasuki dewan konsert, dan apabila pembeli mengenakannya, lampu led di gelang tangan akan menyala mengikut ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung.

Noah Live In KL dibawakan penganjur, YOLO Malaysia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI