Pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri hari ini berkesempatan untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga dan kekasihnya.
Menurut Amalina, pada raya pertama lalu dia terlalu sibuk dengan urusan kerja seterusnya beri memberi fokus kepada proses pembedahan bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Malah, pembedahan tersebut telah berjaya dilakukan Amalina dengan membuang tumor 200 gram (Germ Cell Tumour) di mulut bayi berusia sembilan bulan itu.
“It’s time to post more Eid pictures! I managed to get one day off work on 1st Syawal and that was after finishing a 24-hour shift (didn’t expect that Eid would be on Tuesday in the UK), went back home around 9am, had a few hours sleep then got changed to my baju raya before rushing to the hospital to see baby Ainul and her parents.
“Well, that was my Hari Raya day 😊. Of course, my mom cooked ‘Ayam masak merah’ and ‘nasi tomato’, it was DEELIICIOUSSS. 🤤🤤🤤 (p/s: sampin dia terlondeh, I don’t know how to ikat,” kongsi Amalina.
Memilih tema biru tua, Amalina bersama kekasihnya kelihatan cantik dan kacak mengenakan baju kurung moden dan baju melayu.
Terdahulu, Amalina bersama ibu bapa Ainul meraikan hari raya bersama pada 1 Syawal di sebuah hospital di London.
Untuk makluman, Amalina bersama pakar doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Juling Ong, yang juga seorang daripada empat pakar perubatan yang terlibat dalam pembedahan tersebut.
Foto : Instagram Amalina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI