“Rindu…,” – Farahdhiya Kongsi Senyuman Arwah Bapa, Netizen Turut Tersentuh

Share

Tiada kata dapat menggambarkan perasaan kehilangan insan tersayang dalam hidup, dan penyanyi Farahdhiya mengekspresi kepulangan arwah bapa, Mohamed Amin ke rahmatullah dalam rangkuman sepotong video.

Berkongsi memori sedari bapanya muda sehingga jatuh sakit dan berakhir dengan foto sebuah keranda cukup menyayat hati. Lebih menyentuh perasaan, arwah bapa digambarkan sebagai seorang insan yang sentiasa tersenyum walaupun sedang terbaring di katil hospital.

“Farah rindu, Farah sayang Dada. May Allah look after u my beloved. Al-Fatihah,” luahnya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen cukup tersentuh dengan luahan hatinya dan mendoakan yang terbaik buat arwah bapa.

Terdahulu, bapa penyanyi ini meninggal pada usia 68 tahun pada 9 Januari lalu akibat masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok, sejak lima tahun lalu.

Foto : Instagram Farahdhiya

Published by
Noraini Abd Wahab