Instafamous Hafiz Mahamad ada meluahkan rasa rindu kepada isteri, Syafiqah Aaina serta anaknya, Raisya Arisa apabila dia sudah mula berkerja (semalam).
Kongsi bapa muda ini, dia kerap melakukan video call bagi mengurangkan perasaan rindunya itu.
“Saya rindu isteri & anak saya walaupun sekejap saya tinggal mereka untuk kerja,
“Bila video call, isteri mungkin nampak kita happy dekat luar. Hakikatnya, saya risau keadaan dia tengah pantang & rindunya hati bila tengok baby tengah tidur
“Mummy & Raisya. Daddy bukan tamak untuk mencari harta dunia, tapi Daddy nak usahakan kamu mendapat kejayaan dunia akhirat. Daddy berjaya, daddy boleh Sedekah, Zakat & tolong orang.
Ads
“Daddy nak Allah cinta keluarga kita, orang sayang keluarga kita “Hopefully isteri & anak faham”. Lelaki takpernah fikir tentang diri dia. Tapi dia sentiasa fikir masa depan isteri & anak dia hingga hujung nyawa
“Lelaki tak pernah fikir penatnya diri dia, cukup segelas air yg diberi oleh isteri “Hilang Penat Lelahnya”
“Air mata lelaki, Lelaki sahaja yg tau. Bukan hati tisu, tapi itu lah lelaki. I love you mummy,” tulis Hafiz panjang lebar.
Atas keunikan suara dan pesonanya, baru Razak A’ai sering dilabel sebagai antara bintang yang mempunyai aura suara seakan Louis Armstrong, malah ada yang berikan gelaran Cakra Khan Malaysia kepadanya.
Difahamkan, persamaan berkenaan diberikan sejumlah besar pengikutnya yang sebelum ini sering mengikuti persembahan penyanyi asal Kuching, Sarawak ini menerusi persembahan di jalanan.
Malah, Razak A’ai turut berkongsi beberapa video persembahannya di media sosial.
Lalu, suaranya yang disifatkan maskulin itu akhirnya dapat diperdengarkan menerusi single di bawah naungan syarikat rakaman Todak Music berjudul Aku Setia.
Diinspirasikan daripada tragedi menyayat hati yang pernah menggemparkan dunia, Razak A’ai bagaimanapun belum mahu berkongsi lanjut mengenai pembikinan muzik video untuk single sulungnya itu.
“Idea menghasilkan lagu ini pada mulanya tercipta sebagai luahan rasa terhadap ibu saya. Sebelum bersama Todak Music, saya pernah menaungi sebuah syarikat rakaman sebelum ini dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita sebagai menyanyi di usia yang sangat muda, iaitu 18 tahun.
“Pernah menghasilkan sebuah single, namun ianya kurang menjadi. Malah kehidupan sebagai anak seni sangat mencabar. Keadaan itu mendesak saya pulang ke kampung halaman dan ia disambut dengan penuh rasa gembira oleh ibu saya.
“Ibu sarankan saya supaya mencari pekerjaan lain di Kuching Sarawak dan tinggal bersamanya. Tidak beberapa lama, saya mendapat tawaran daripada Todak Music. Minat terhadap muzik menggesa saya untuk kembali ke Kuala Lumpur.
“Hendak dijadikan cerita keputusan saya untuk menyanyi mendapat tentangan daripada ibu pada awalnya. Tetapi saya berjanji saya akan membawa pulang kejayaan kali ini dan berharap ibu saya setia menunggu momen itu,” katanya apabila ditanya mengenai proses pembikinan lagu Aku Setia.
Menariknya juga, single terbabit juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya tuan badan.
Menyuntik kelainan, beberapa bait lagu ini turut meminjam suara adik Alyssa Dezek, iaitu bintang kecil berbakat besar yang cukup sinonim dengan persembahan ukulele.
Tidak mahu tertumpu kepada satu kisah semata, Razak A’ai juga mengajak ramai untuk mentafsir makna lagu ini yang boleh diguna pakai dalam konteks lebih meluas.
Sementara itu, muzik video lirik untuk lagu terbabit sudah pun dimuat naik menerusi YouTube kurang seminggu lalu. Hingga kini, ia sudah pun mendapat tontonan hampir 40,000 kali tontonan.
“Terima kasih kepada pihak Todak Music kerana menyakini bakat saya. Todak Music, bagi saya sebuah syarikat rakaman yang kini sedang memberi inisiatif dalam membawa revolusi baharu dalam industri muzik.
“Seiring dengan misi dan visi mereka, keberadaan saya disini bukan untuk mencipta nama sebagai penyanyi saja tetapi pencipta lagu serta lirik juga.
“Mungkin suatu hari nanti, saya diberi peluang berkolaborasi dengan penyanyi tempatan menghasilkan lagu buat mereka. Selain dapat bekerjasama dengan komposer terkenal tempatan, bertukar-tukar idea menghasilkan sebuah karya yang diterima ramai.
“Saya percaya gabungan idea dapat menghasilkan sebuah karya yang lebih menarik,” terangnya optimis.
Mengulas mengenai vokalnya yang sering disamakan dengan Cakra Khan dan Louis Armstrong pula, Razak A’ai optimis dalam menyantuni kesamaan itu sebagai satu kelebihan juga bonus untuknya.
Harapannya cuma satu, agar gaya nyanyiannya tidak dibayangi sesiapa kerana percaya dia turut mempunyai kelebihan dan identiti tersendiri
Foto: Terima Kasih Todak Music
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memberi bayangan bakal meninggalkan dunia glamor, adik kepada Anzalna Nasir,Mia Nasir, mengakui dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan atas sebab komitmen terhadap perniagaan.
Malah tegas Mia, dia juga lebih gemarkan jalani hidup yang privasi, jauh dari persekitaran dunia hiburan.
Ulasnya yang bakal menamatkan zaman bujang tahun ini, dia mahu elak adegan bersentuhan dengan bukan muhrim demi menjaga adab dan hati bakal suami yang dikenali sebagai Adam.
“Selepas kahwin kalau boleh saya nak dedikasikan diri hanya untuk suami. Kalau berlakon dan kena pegang lelaki lain, saya tidak selesa dan tidak mahu lakukannya.
“Sebab itu saya bersedia dengan perniagaan, jadi selepas kahwin ada perkara lain yang boleh dilakukan.
“Sekarang pun saya elakkan adegan bersentuhan. Tapi memang kalau boleh selepas kahwin, saya memang tak mahu berada dalam industri lagi,” katanya kepada MH.
Menafikan bakal suami mengekang perjalanan sebagai aktres, Mia secara jujur mengakui siapa tidak cemburu jika melihat isteri atau teman wanita bersentuhan atau bermesra dengan insan lain.
“Teman lelaki saya okay saya, asalkan jangan lebih-lebih. Dia seorang yang memahami. Lagipun saya mula berlakon dulu dan baru kenal dia.
“Saya cuba hadkan diri dan pengarah tahu jangan sentuh lebih-lebih,” jelas Mia yang mengenali Adam sejak tiga tahun lalu.
Terdahulu, Mia Nasir antara selebriti yang hadir pada majlis berbuka puasa ‘Mother’s Day Iftar anjuran The Calla & Flores KL di Hilton KL, pada Ahad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...