“Rindu Nak Dukung Anak, Nak Cium Nak Gomol,” – Shahida Belum Habis Kuarantin, Dedah Instagram Yusoff Kena Hack

Share

Isteri kepada pengasas kosmetik, Datin Seri Jur Shahida ada meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak sepanjang melakukan kuarantin selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada adiknya yang disahkan posutif Covid-19.

Meski dua ujian swab yang dilakukan menunjukkan hasil negatif, namun ibu kepada lima cahaya mata ini tetap melakukan kuarantin sendiri di rumah.

“Rindu sangat nak dukung anak..nak cium nak gomol. Paling geram dengan Yusoff ni. Siap curi-curi datang bilik saya nak masuk.

“Dia kata Yusoff takut, Yusoff takut, alasan nak dekat dgn mama dia. Nak minta kek la, mama cantik la, baju mama ada bangau la. Macam-macam akal dia.

“Sabar ye anak-anaksemua. Tak lama lagi dah habis kuarantin,” tulisnya pada entri terkini di Instagram.

Shahida pada masa sama turut mendedahkan, akaun Instagram anak lelakinya itu turut digodam baru-baru ini.

“Kepada yang tanya IG  Yusoff. IG Yusoff kena hack. Saya tengah cuba usaha nak dapat balik tapi sbb masing-masihg kurang mahir la bab2 it ni.

“Mudahan ada org yg sudi bantu, saya sayang kenangan yusoff masa kecil sampai besar.

“Macam-macam ada kenangan dalam ig tu,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram DS Shahida

Published by
MH