“Rindu Sangat Abah,” – Aliff Syukri Kongsi Foto Arwah Bapa Pada Syawal 4 Tahun Lalu, Ini Reaksi Si Ibu…

Share

Beberapa jam lalu, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi sekeping foto bersama arwah bapanya, yang telah pergi dijemput Illahi beberapa bulan lalu di Instagram.

Kongsi Aliff, foto berkenaan dirakam kira-kira empat tahun lalu, pada sambutan Aidilfitri.

“Alfatiha 4tahun lps.. hari raya time ni.. saya rindu sgt abah.. kereta idaman abah sy ni kri usaha sampai mampu alhamduillah abah merasa juga,” tulisnya.

Sementara menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Malah, ibu dan kakak Aliff dilihat turut meninggalkan komen terhadap posting berkenaan.

Terdahulu, Allahyarham Kamarzaman sebelum ini difahamkan mempunyai beberapa penyanyi seperti sakit jantung dan paru-paru berair.

Foto: Instagram Aliff Syukri

Published by
Rafiq Mazlan