Instafamous yang pernah dikaitkan dengan penyanyi Ismail Izzani, Sharifah Sabrina Rose mengakui statusnya sekarang adalah solo dan tidak terikat di dalam mana-mana perhubungan.
Katanya, dia kini lebih gemar untuk memberi fokus kepada kerjaya dan sudah pun merancang untuk memasuki kelas lakonan sebagai persediaan andai ditawar berlakon di dalam mana-mana naskhah di pada depan.
“Memang saya solo. Cerita cinta dengan si dia tu dah cerita lama. Bagaimananpun, kami masih baik dan adalah sesekali berhubung tanya khabar memandangkan keluarganya pun rapat dengan saya. Itu sajalah,” kongsinya kepada MH.
Ditanya mengenai kisah kedua yang pernah berbalas komen di media sosial hingga menarik perhatian netizen kemungkinan hubungan mungkin bertaut kembali, Rose tidak menafikan rasa rindu itu memanglah ada kerana ia memori lama di antara keduanya.
“Meski berbalas komen begitu, tidak adalah untuk get back. Dia ada tegur, tanya khabar. Adalah jumpa tapi bukanlah bercinta. Bagi saya, yang lepas tu lepas.
“Kalau dia adalah bekas teman kita, tak semestisnya kita tidak boleh berhubung sebagai kawan balik.
“Rindu tu memanglah ada sebab ia satu antara memori kita lama. Cuma kami kekal sebagai kawan, tidak lebih daripada itu.
“Saya pun sibuk dengan perancangan saya sementara dia juga sudah sibuk dengan kerjayanya,” jelas Rose saat ditemui di majlis Nona Superwoman baru-baru ini.
Diajukan persoalan lelaki bagaimanakah yang diimpikan gadis manis ini, Rose memberitahu dia dambakan lelaki yang bercakap lembut, ada rasa hormat, mempunyai masa depan dan yang paling penting keluarga boleh menerimanya.
“Kalau fizikal pula, saya tidaklah memilih sangat. Cuma mungkin lelaki yang tinggi atau kurus. Tapi saya pun pendek saja.
“Mana-mana lelaki pun akan lebih tinggi daripada saya,” seloroh Rose yang turut mengakui dia seakan sudah serik untuk berkawan rapat dengan mana-mana selebriti.
Foto: Instagram Sharifah Rose/Carian Google