Sedang mengerjakan umrah di Mekah ketika ini, Dira Abu Zahar ada berkongsi rasa menjejakkan kaki ke tanah suci tanpa kehadiran ibu dan arwah ayah di sisi.
Tahun keenam Ramadan tanpa arwah bapa, Dira mengenang kembali peristiwa bapanya kehilangan selipar ketika mengerjakan ibadah.
“Ayah… Dah 6 kali Ramadhan tanpa ayah.
“Dulu dtg Mekah buat umrah ayah ada.
“Ingat lagi, selipar ayah hilang, balik hotel kaki ayam. Org Tanya kenapa,ayah senyum je jawab selipar kene curi. Hahaa.
“Buat saei, ayah buat dgn cucu, Shahideen. Dukung, kelek, papah, heret pun ada si budak Gemok tu. Ayah je larat layan dia Sbb masa tu umur dia 10tahun. Mcm2 perangai dia. Ayah je larat layan Sbb sayang betul ayah dgn cucu yg sorang ni.
“Ayah.
Rindu umrah dgn ayah.
Moga tenang.
Tunggu ira.
Alfatihah. .
3 Ramadhan 2013-2019.”
Dalam pada itu, perkongsiannya ketika menunaikan umrah cukup meruntun rasa. Walau tanpa ibu bapa di sisi, namun ibadahnya bertemankan doa dan tawakal.
“Ramadhan di sambut penuh makna.
Gembiranya hati Sampai tak terkata.
Diam kejap, tenung sahaja Apa yg ada di depan mata.
Sambil dlm hati, bersyukur, bersyukur, bersyukur pada yg Maha Esa. .
Ok dah. Nnt emo lagi.
Tak pernah tak berkaca mata tiap kali solat.
Gembira sebak syahdu.
Ingat arwah ayah, rindu.
Ingat mak, rindu.
Ingat anak- anak, lagi laahhh rinduuu. .
Mudah2an ada rezeki nnt.
Kita kembali lg ke tanah suci.
Dgn anak- anak dan mak yg teramatlahhhh aku cintai.. .
Salam Ramadhan Al Kareem.
Moga kali ini lebih baik dari yg sebelum2nya. .
Moga Kita juga akan jadi yg lebih baik dari sebelum2nya. .
Jaga diri.
Jaga adab.
Tertib. .
Aminnnnn.”
Semoga beroleh ketenangan dan dipermudahkan urusan mengerjakan umrah.
Foto : Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tersentuh hati saat melihat sosok tubuh yang serba kekurangan ini mendalami ilmu Islam.
Lalu Yatt Hamzah menerusi Instagram berkongsi rakaman pemuda kelainan upaya cuba menghafaz Al-Quran.
Walaupun sukar berkata-kata serta tidak dapat mengawal gerakan tubuh dengan baik, individu yang dikenali sebagai Fitra tetap semangat menjadi huffaz dengan harapan dapat mendoakan ibunya ke syurga.
“Dia mungkin cacat anggota tp hati dan jiwanya sedikit pun tidak cacat. Dia menghafaz Quran walaupun dg banyak sekali kekurangannya.
“Sedangkan kita yg sempurna belum tentu ada hati dan jiwa yg CINTAKAN AL QURAN sptnya. Siapa yg lebih cacat? Dia atau kita? Allahuakbar.
“ASTAGHFIRULLAHALADZIM. Berikanlah kekuatan agar kami mampu ISTIQOMAH mencintai KALAM2 MU.. Aameen.”
Nyata kondisi tubuh yang tidak sempurna tidak pernah menghalang seseorang mengejar ilmu.
Malah, ia membuatkan kita lebih semangat dan membuka mata insan lain.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datin Seri Nur Shahida mengesahkan dia akan menyerahkan kembali salah seorang anak angkatnya, Qayyum kepada ibu kandung.
Sebentar tadi menerusi Instagram, usahawan inj memuat naik kapsyen beserta foto penuh emosi.
“Bye2….waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia… sorry sayang mama x dapat hantar!!
“Mama doakan yom jadi anak yg soleh dan membahagiakan ibu bapa yom…mama halalkan air susu mama utk yom……mama minta maaf kekurangan mama jaga yom dan mungkin x sebaik ibu yom jaga!!!
“Ada rezeki kita jumpa ya sayang!!x jumpa di dunia kita jumpa di syurga(kalau mama masuk syurga la!, tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima komen pelbagai netizen yang rata-ratanya sedih terhadap apa yang berlaku.
Foto: Instsgram Datin Seri Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Fasha Sandha hari ini ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon Janna Nick.
Menerusi ruangan kapsyen, Fasha yang sebelum ini pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) dua tahun lalu turut memuji keberkesanan lakonan Janna menerusi drama rantaian terbaru, Leftenan Zana.
“Gambar dengan Kesayangan ramai #leftenanzana . Terbaik acting dia dalam cerita tu,. Hebat,” tulisnya ringkas.
Leftenan Zana bersiaran di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam. Selain Janna, drama bercorak ketenteraan ini turut menampilkan Redza Rosli, Tunku Hanis dan ramai lagi.
Foto: Instagram Fasha Sandha, Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI