“Rindu Yang Teramat Dekat Kau,” – Genap 10 Tahun Achik Spin Meninggal Dunia, Tajul Luah Rindu

Share

Penyanyi Tajul Ariff menyatakan kerinduan kepada arwah abangnya, Achik Spin yang kini genap 10 tahun meninggal dunia.

Penyanyi itu turut memuat naik sekeping gambar arwah abangnya beserta surah Al-Fatihah.

“Al-fatihah, arini genap 10 permergian arwah abgku. Rindu yg teramat dekat kau bancik,” kongsi Tajul.

Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).

Menurut laporan, allahyarham yang ketika itu berusia 37 tahun tidak sempat menyelamatkan diri selepas terbabas dan melanggar papan tanda.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Al-fatihah buat Achik dan salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham.

Foto : Instagram Tajul Ariff

Published by
Noraini Abd Wahab