Anggota kumpulan Senario yang juga pelawak terkenal, Saiful Apek memaklumkan kumpulan terkenal sekitar lewat 90-an itu bakal bergandingan semula menerusi filem terbaru berjudul SENARIOUNION.
Menerusi hantaran semula di akaun Instagram miliknya, Apek mendoakan agar segala urusan filem arahan Aziz M Osman itu dipermudahkan.
“Filem ni pastinya akan diingati sepanjang zaman. Antara filem SENARIO yang paling best pernah tercipta. Sarat dengan segalanya.
“Terima kasih Aziz M Osman,” tulisnya menerusi pada foto yang berkongsikan set lokasi filem mereka sebelum ini.
Yang pastinya, filem ini bakal mengubati rindu buat peminat setia kumpulan Senario.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mulai rasa teruja dan sudah tidak sabar menantikan filem berkenaan disiarkan kelak.
“Memang best dan hebat. Kutipan filem ni mencecah 6 juta kot…takde filem lain yang dapat kutipan lebih dari filem ni sehinggalah filem Adnan Sempit keluar (around 7 juta)…tu pun tahun 2010. Ada 9 tahun gap. Semoga dipermudahkan urusan…aamiinn,” tulis seorang warganet.
“citer ni cipta kenangan ya , when i was a kid. scene kedai roboh tu aku nangis teruk ya sampai family gelabah ingtkan apa la beria nangis. sampai sekarang kena bahan dgn family,” kongsi seorang warganet yang lain.
“Rindunye dgn senario. Lawak nye legend smpai skrg gelak je tgokkk. Semoga beri kebaikan yg byk buat ahli2 senario yg da menceriakan byk hati peminat,” puji seorang peminat.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Saiful Apek