Siapa tidak kenal dengan penyanyi berwajah ‘cute’, Iman Troye yang sering melatari muzik video lagu nyanyiannya berkonsepkan k-pop hingga menjadi kegilaan anak-anak muda masa kini.
Pelantun lagu Teman, atau nama penuhnya Iman Alyssa Sahabudin menerusi hantaran dilaman Instagram miliknya, telah berkongsikan sebuah hantaran video berkenaan dirinya membantu golongan gelandangan dengan memberikan makanan di sekitar ibu kota.
Iman Mahu Kerap Laksana CSR, Bantu Golongan Gelandangan
Pada hantaran sama, Iman menyatakan keinginanya untuk meneruskan kegiatan murni ini dengan bercadang mahu membantu lebih ramai gelandangan dan fakir miskin di tempat-tempat lain.
Justeru, pada ruangan kapsyen Iman meminta buah fikiran para pengikutnya untuk mencadangkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan golongan susah seperti ini, selain di Ibu Kota.
Ads
“Alhamdulilah syukur. Insyallah Iman dan team akan cuba kerap kan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen dan bagi idea dekat kita siapa dan di mana lagi yang memerlukan?,” Tulisnya pada ruangan kapsyen di hantaran tersebut.
Netizen Puji Usaha Murni, Iman Troye!
Ads
Hasil penelitian, MH mendapati ruangan komen pada hantaran tersebut telah dibanjiri dengan doa-doa yang baik buat Iman.
Malah, tidak kurang juga yang meluahkan sokongan dan melemparkan kata-kata positif serta semangat agar Iman kekal istiqamah dalam melakukan amal kebaikan yang bersifat fadhu kifayah seperti ini.
Ads
“Alhamdulillah Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki iman,” kata seorang warganet.
“Semoga Iman sentiasa dimurahkan rezeki,” ujar seorang lagi netizen.
Untuk rekod, nama Iman Troye pernah dihimpit dengan kontroversi satu ketika dahulu, kerana sukar memberikan kerjasama dengan rakan media. Selain leceh dihubungi sebaik sahaja namanya popular dan dikenali umum.
Penyanyi, Aisyah Aziz berkongsi foto di laman Instagramnya mengenai amalan gaya hidup sihatnya di laman Instagram dan di ruangan kapsyen, Aisyah menekankan pentingnya untuk minum air yang cukup bagi mendapatkan kulit yang sihat tanpa ‘breakout’.
“#7dayschalleng 4 days in and still going strong. Almost made a few bad decisions obvi (goreng pisang lah, thai iced tea la) but I’m thankful to have friends encouraging and doing it together with me.
“I don’t normally drink much water but for this challenge I bought 12 1.5litres mineral water bottles so I can bring them out and finish it throughout the day.
“So far, I’ve taken in about 1.5 to 2litres per day and my skin already feels much better. My breakouts are lesser and the pee’s clearer too so that’s a good sign.
“Today I decided to infuse my water with some lemon slices and strawberries to help make things a little less boring and I haven’t stopped drinking since!
“Go to the fruit stall and get your dose of fresh fruits if you start craving for something sweet oke — that’s honestly been my saviour!,” kongsinya.
Bagaimanapun, lain pula yang dilihat netizen apabila kelihatan ada yang bertanyakan mengenai ‘inai’ di jari dan juga subang hidung adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu.
Alahai, perkara itu pun nak dijadikan isu ke, netizen semua? Pada MH, asalkan dia tidak mengganggu orang, biarlah kan?
Sebelum ini, Aisyah pernah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia media sosial dek kerana wujudnya golongan-golongan ‘haters’ ini. Katanya lagi, dia juga ingin membersihkan diri daripada ‘toksik-toksik’ media sosial ini.
Foto/Instagram: Aisyah Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nourul Wahab ada memberikan reaksinya berhubung isu satu video bercumbu yang kini diperkatakan ramai di media sosial sejak Khamis.
Menurut Nourul, tindakan remaja lelaki berkenaan disifatkan agak keterlaluan dan harus diberikan pengajaran.
Auntie kalau jumpa adik ni, auntie sunatkan sekali lagi! 😡 gatai no dia nak cium cium anak dara orang no … besa tu.. tau la handsome. Jangan nak dok gedik viral sangat. Mai sini auntie talbiah kat telinga tu. Gatai no https://t.co/sEijtxC2Pc
Pelakon jelita, Mimi Lana ada memuat naik sekeping foto bersama dengan bekas kekasihnya, pelakon Syafiq Kyle.
Menerusi entri berkenaan, bintang drama bersiri Hati Yang Tersakiti itu dirakam foto secara berdua sambil memberi kredit teradap persalinan yang dikenakan.
“My forever best partner #msgm,” tulis Mimi ringkas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat membuat spekulasi pasangan selebriti ini kembali menjalinkan hubungan percintaan.
Pada masa sama, hero drama bersiri Nur itu juga turut berkongsi foto sama di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Mimi sebelum ini pernah memaklumkan hubungan percintaan bersama Syafiq berakhir pada Jun lalu kerana tiada sefahaman.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih menjalin hubungan baik sebaik rakan sesama artis.
Foto: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika sebelum ini Adele membuat hantaran terharu kerana tidak sangka Celine Dion hadir ke malam persembahannya, kini giliran penyanyi lagu My Heart Will Go...