Pelakon, Ashraf Muslim berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan bapanya kini sedang ditahan di hospital bagi menerima rawatan.
Menurut Ashraf, dia sekeluarga reda dengan ujian tersebut selain turut berharap agar kesihatan bapanya itu dapat segera pulih seperti sedia kala.
View this post on Instagram
“Ya Allah, teruskanlah beri senyuman kepada ayahandaku walaupun diuji dengan dugaan-dugaanmu.
“Aku rindukan senyumannya setiap hari yang menjadi penenang diriku sewaktu kecil hinggaku dewasa.
“Dengan senyuman itu cukup memberikan kekuatan kepadaku dan adik-adikku” tulisnya di Instagram.
Jelas Ashraf lagi, keadaan menjadi semakin sebak selepas dia sekeluarga terpaksa meninggalkan bapanya itu tanpa berteman bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada butiran yang dibuat oleh pelakon telemovie Ada Apa Dengan Dosa itu berhubung penyakit yang sedang dialami bapanya itu.
“Sebak bila terpaksa meninggalkan beliau di wad tadi. Dapatku kucup dahinya dan pipinya. Yerlah memang rule dihospital tidak boleh ada peneman di wad. Bila nak balik, ayah sempat memberi senyum disebalik mask oksigen itu.
“Risau dan takut bila melihat bacaan oksigen ayah 80 tadi. Tapi better dari sampai kat emergency iaitu 68. Allahuakbar.
“Allah berilah kekuatan dan kesebuhan ayahku Hj Muslim. Wahai rakan-rakanku tolong doakan ayahku ya! Assalamualaikum,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih selain turut menitipkan doa semoga semuanya baik-baik sahaja buat bapa Ashraf.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI