Pelawak dan penyampai radio, Angah Raja Lawak memaklumkan dirinya sudah pun membuat keputusan untuk berhenti sementara daripada menjadi penyampai di stesen radio Sinar Fm.
Perkara tersebut diumumkan angah secara langsung ketika ke udara di segmen Pagi Di Sinar pada pagi Rabu.
“Masalah ini berlarutan. Jadi, sebelum saya nak kembali sihat ini, saya ambil keputusan untuk berhenti sebagai penyampai di radio Sinar.
“Saya akan berhenti sekejap tapi tak tahu lagi macam mana keadaan pada masa hadapan nanti,” katanya.
Pada masa sama, Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim memaklumkan keputusan tersebut dibuat disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Lantaran itu, Angah turut menjelaskan ketiadaannya di Sinar sebelum ini bukan disebabkan masalah disiplin tetapi dia harus berehat untuk kembali pulih.
“Melihat perjalanan saya sebelum ini, saya kerap kali cuti. Jadi, saya risau orang akan anggap saya main-main dan tak serius soal kerja.
Ads
“Padahal apa yang saya lalui ketika ini adalah disebabkan masalah kesihatan. Selagi saya tak sihat, saya tak nak masalah ini berlarutan.
“Kalau saya bangun pukul 4 pagi dan darah tinggi datang lagi, saya terpaksa cuti lagi. Saya akan mengganggu kawan-kawan yang lain.
“Saya perlukan kerja dan memang nak kerja. Saya bukan tak datang kerana sengaja. Saya sakit,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, rakan penyampai turut menzahirkan rasa sedih dengan keputusan yang dibuat oleh Angah itu.
Menerusi hantaran di Instagram, pelawak Rahim R2 menyifatkan ketiadaan Angah pasti akan dirindui dan dia juga mendoakan semoga Angah terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi selepas ini.
“Meskipun harus berpisah, kita tetap akan menjadi sahabat yang selalu ada di hati masing-masing. Walaupun jarak memisahkan, tapi hati kita tetap bersatu.
“Esok mungkin kita berbeda tempat, tapi kenangan kita tetap sama. Angah..kau sentiasa dihati aku,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi rakan penyampai dan pelawak Jep turut menitipkan doa agar Angah kembali sembuh seperti sedia kala.
“Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan kesihatan Angah.
Ads
“Angah orangnya sangat sopan bila bercakap. Suka bila dengar celoteh Angah. Sedih bila Angah sudah tiada di Sinar. Semoga Angah diberikan kesembuhan dan dapat menceriakan konti Sinar semula.
“Angah ni deejay paling relax dan sopan. Suka karakter dia.
“Kenapa aku sedih bila Angah berhenti. Semoga Angah diberikan kesihatan yang baik-baik.
“Tak best bila Angah tiada tapi kesihatan lagi penting. Selamat maju jaya Angah,” antara komen-komen di Isntagram.
Terdahulu, rakan-rakan penyampai di stesen radio Sinar turut hadir pada pagi ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat Angah.
Antara penyampai yang hadir ialah Dina Nazir, Falyq Hikyle dan Roy Azman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM, Angah, Rahim R2, Jep & Falyq Hikyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Abby Abadi bersyukur ke hadrat Illahi apabila sambutan raya kali ini, masih lagi berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.
Bagaimanapun, Abby menerusi Instagram mencoretkan luahan kata susulan keakrabannya bersama keluarga bekas suami, pelakon Norman Hakim yang menjadi persoalan di kalangan sesetengah netizen.
“Sambung lagi video raya pertama haritu dengan sedikit cerita supaya takde yang iri & berkata yang tidak-tidak ya. Dah 2022 dah ni, tolong ubah mentaliti.
Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.
“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya sesama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu kenapa begini.
“Banyak pulak persoalan ya? Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?,” tanya pelakon Gerak Khas itu.
Abby pada masa sama menjelaskan, mereka beraya bersama dengan keluarga masing-masing dan ia menjadi rutin setiap kali menyambut Syawal.
Malah, kediaman mereka juga tidak jauh di antara satu sama lain.
“Tahun sebelum ni ada artis persoalkan kenapa mesti nk raya dengan ex (bekas suami) bla… bla… Halluu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu?
“Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dah mcm ni. Memang kemana-mana pun plan sesama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dpt bersama. Apa yang jadi masalah sangat tu?
“Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman, aiyoooo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah tu.
“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNya, doakan kita & kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke Syurga FirdausiNya.
“Buat baik & berbaik-baik. Allah lah sebaik-baik penilai,” tulisnya lagi menerusi pautan video yang sudah pun menerima tontonan hampir 20,000 kali itu.
Menerusi laman media sosial Instagram Sharifah Shahirah, pelakon ini ada berkongsi sekeping foto yang memaparkan adiknya, Sharifah Sakinah bersama seorang jejaka.
Malah, bintang drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu dilihat kelihatan mesra bersama lelaki terbabit.
Lalu, perkongsian tersebut telah menjadi perhatian sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya warganet.
“Dah habis iddah ke?,” tulis netizen.
Terdahulu, Sakinah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 3 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemenang Anugerah Penyampai Radio Popular, Khairy Jamaluddin bakal memanfaatkan segala pengalamannya di konti radio jika diberikan peluang untuk kembali ke kancah politik satu hari nanti.
Menurut Khairy atau lebih mesra disapa KJ, setiap momennya bersama stesen radio Hot FM akan menjadi antara kenangan manis di dalam hidupnya.
“Terlalu banyak momen indah saya di dunia radio ini. Seperti ramai yang kata, saya sudah ‘rosak’. Namun, pengalaman ini akan menjadi kenangan indah bagi saya.
“Kalau saya kembali ke dunia lama saya satu hari nanti, ini pengalaman sangat berharga. Malah, saya mungkin boleh menjadi insan yang lebih baik dari segi pemahaman orang ramai,” katanya kepada MH.
Bekas Ahli Parlimen, Rembau itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular ke-36 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam tadi.
Sementara itu, KJ turut memberikan bayangan bahawa dia bakal kembali ke ‘habitat’ asalnya iaitu bergelar ahli politik namun masanya masih belum diketahui.
“Dunia baharu ini, saya hanya akan singgah sekejap sahaja. Mungkin bila tiba waktu yang sesuai, saya akan kembali ke alam semulajadi saya.
“Bilakah waktunya? Saya tak tahu lagi. Ketika ini, saya sangat gembira dengan keadaan di sini,” ujarnya.
Ditanya sama ada ucapannya saat menerima anugerah mempunyai maksud tersirat, KJ mendedahkan ia hanyalah peringatan buat semua pihak.
“Saya hanya ingin sampaikan mesej kepada orang ramai. Kita kena percaya dengan perancangan Allah.
“Seperti kisah saya, pintu rezeki telah ditutup serta dikeluarkan daripada ‘kumpulan’ dan dunia asal saya. Namun, saya tidak menyalahkan sesiapa.
“Kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa. Seperti saya katakan tadi, kita buat yang terbaik dan biar Allah buat yang selebihnya.
“Alhamdulillah Dia telah buka pintu rezeki baharu buat saya. Saya tidak rasa kekok walaupun ada pihak yang mengejek. Saya bersyukur dapat peluang baharu ini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, KJ turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua warga kerja Hot FM dan TV3 yang banyak memberikannya tunjuk ajar untuk bergelar penyampai radio.
“Cabaran bergelar penyampai radio ini adalah untuk belajar perkara yang saya tidak tahu. Ia seperti hari pertama di sekolah. Saya tidak tahu apa-apa.
“Cara pembawakan dan penyampaian dalam dunia lama saya sangat berbeza. Saya terpaksa belajar dengan cepat.
“Sebab itu saya dedikasikan kemenangan ini kepada rakan-rakan saya di konti. Mereka guru saya. Kemenangan ini disebabkan guru yang baik,” akhirinya.
Terdahlu, kemenangan KJ itu sekali gus mengetepikan cabaran daripada empat penyampai radio lain iaitu Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!