Awal malam tadi, penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada melawat usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang kini dimasukkan ke wad kerana kurang sihat. Menerusi pertemuannya itu, penceramah berkenaan ada mendedahkan situasi saat melawat penyanyi Abang Nak Tegur itu.
Katanya menerusi Instagram, Aliff ada meluahkan beberapa perkara dan memasang niat untuk mendekatkan diri dengan Allah.
“Sebak bila ziarah Dato @aliffsyukriterlajaklaris di hospital. Banyak yang diluahkan betapa kerinduan pada Allah dan nak lebih dekat pada Allah. Baik sangat orangnya. Dia menangis seronok saya datang.
“Katanya rindu pada arwah ayahnya sangat. Rindu nasihat ayahnya selalu pesan supaya dekat pada Allah. Rendah diri orangnya asyik mengaku diri jahat dan kurang jer sebenarnya dato baik jer. Katanya lagi seolah-olah,terdengar arwah ayahnya kata.
“Syukur kau wahai anakku berkawan dengan ustaz. Syukur anakku ustaz ini ziarah kamu. Dengarlah nasihatnya. Tak sabar saya nak jumpa ustaz. Sempat saya baca doa Nabi saw ajarkan bila ziarah orang sakit segera Allah sembuhkan,” tulisnya.
Pada masa sama, Aliff turut bernazar mahu mengikuti sesi dakwah dan belajar ilmu agama dengannya.
“Katanya ustaz saya bernazar berniat nak ikut ustaz berdakwah dan belajar dengan ustaz. Nak belajar mengaji nak datang keluargasunnah nanti. Buat dakwah macam ustaz.
“Sedih pulak dengar. Saya asyik fikir mati jer ustaz. Ingat mati jer. Ya Allah. Risau nanti dekat akhirat apalah saya nak bawa. Beliau menangis. Teringin nak jadi sebahagian dakwah ustaz. Bantu ramai orang katanya.
“Saya kata padanya dato dah jadi usahawan Islam berjaya. Saya pohon doa dato buat saya juga. Ayuh sama-sama kita dekatkan diri pada Allah. Allahu beliau rindu arwah ayah. Saya rindu arwah mak.ya Allah,” kongsinya lagi.
Malah, Ebit turut memaklumkan dia rasa sebak kerana tidak tahan mendengar luahan hati dari usahawan tersebut yang disifatkan sangat ikhlas ketika momen pertemuan tidak dirakamkan.
“Asyik sebak menangis jer. Tak tahan dengar luahan hati yang sangat ikhlas tanpa rakaman. Allahuakbar. Walau baru kali kedua berjumpa rasa sangat mesra dan rapat.
“Bila peluk terasa sayang kerana Allah. Pelukan lama dan kami sama-sama menangis cerita keadaan iman kita dan tanggungjawab agama atas bahu kita. Semoga Dato dan @shahidadherbs dan anak-anak bahagia sampai syurga jadi asbab hidayah.
“Semoga Allah berkati dan terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah,” tulis Ebit panjang lebar.
Foto: Instagram Ebit Lew