“Pada awalnya saya tak mahu terlibat di dalam filem ini sebab risau risiko mungkin terberanak di lokasi penggambaran.”
Demikian kata pelakon dan usahawan, Wawa Zainal ketika ditanya mengenai penglibatannya menerusi filem terbaharu, Abnormal Buas yang bakal ditayangkan di seluruh negara pada 20 Jun depan.
Menurut Wawa, dia akhirnya sedia dan berani untuk turut sama terlibat di dalam naskhah itu selepas diyakinkan pengarah, Allahyarham Azhari Zain.
“Ketika babak akhir filem berkenaan, saya sudah sangat sarat. Bila-bila saya boleh bersalin anak ketiga ketika itu.
“Memang pada awalnya saya tak mahu terlibat di dalam filem ini sebab risau risiko mungkin terberanak di lokasi penggambaran.
“Walaupun saya sedia jika bersalin di set, namun langkah-langkah keselamatan perlu juga diambil kira.
“Bagaimanapun arwah Azhari Zain berjaya yakinkan saya. Beliau percaya saya boleh buat dan alhamdulillah akhirnya babak tersebut berjaya direalisasikan.
“Seminggu selepas itu, saya selamat bersalin. Syukur sepanjang proses penggambaran saya tidak alami apa-apa kemudaratan,” katanya kepada MH.
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Tayangan Filem Abnormal Buas di Mid Valey, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Filem bergenre ‘thriller’ ini merupakan filem terbitannya bersama suami, Aaeril Zafrel di bawah produksi Respected Citizen Sdn Bhd.
Dalam pada itu Aeril Zafrel berkata, filem ini memaparkan jalan cerita berbeza daripada kebanyakan filem tempatan sedia ada.
“Bukan sahaja plot ceritanya yang luar biasa, malah cara penyampaian dan perspektif yang diketengahkan dalam filem ini juga adalah sesuatu yang sangat berbeza dan segar, jauh daripada formula-formula umum yang sering ditemui dalam industri perfileman tempatan.
“Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar yang digambarkan pun bukan Kuala Lumpur namun bernama Kota Rimoria.
Ads
“Memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita. Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta negara dan watak fiksyen.
“Apa yang menarik mengenai cerita ini, saya boleh janjikan ceritanya memang berbeza meski ada unsur-unsur 18 SG. Namun kita berjaya dapat klasifikasi 16. Ada banyak babak sadis, ngeri dan kejam,” katanya.
Abnormal Buas menghimpunkan pelakon senior seperti Ahmad Yatim, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Datuk Rahim Razali yang berlakon di samping Saheizy Sam, Nabila Huda, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila serta ramai lagi.
Malah, pasangan selebriti ini juga membenarkan anak kesayangan mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, untuk sama-sama terlibat di dalam filem ini.
“Sebenarnya kami pun terkejut dengan Hayla sebab dia tak ada asas langsung dalam lakonan. Kalau kami pada usia dia pun akan rasa segan berjumpa orang, inikan pula hendak berlakon. Tak tahulah macam dia tak kekok langsung.
Ads
“Untuk itu kita ada beberapa kali hantar dia ke kelas lakonan untuk perbaiki lagi corak lakonannya. Tapi ada satu babak, apabila Adlin pegang lehernya, dia menangis betul-betul, mungkin sebab takut sangat dan rasa ‘sakit’. Maklumlah Hayla tak biasa dibuat begitu.
“Apabila orang ‘berkasar’ dia macam tu, terus dia jadi takut dan malu. Mujurlah selepas itu tak ada lagi babak dengan Adlin. Malah selepas itu pun mereka mulai rapat dan bergurau di set,” katanya lagi.
Filem yang menjadi karya terakhir pengarah Allahyarham Azhari Zain dan skrip mendapat sentuhan Gawar Sawbaqyah ini mengisahkan mengenai perancangan percutian Hady untuk menggembirakan isterinya, Hani sebelum menyambut kelahiran anak kedua mereka di rumah agam milik keluarga Hady.
Namun, percutian mereka disambut dengan tragedi apabila Puzo yang melarikan diri dari tahanan selepas terlibat kemalangan menjadikan rumah persinggahan Hady sebagai tempat berteduh.
Pada masa sama, kehadiran kumpulan perompak iaitu Bullet, Speed dan Rocket menyebabkan lebih banyak kesulitan berlaku. Siapakah akan terselamat pada malam yang penuh tragis itu?
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Remy Ishak memaklumkan ibunya telah selamat menjalani pembedahan kali yang kedua pada Ahad.
Bagaimanapun, ibunya itu dikatakan masih belum menyedarkan diri dan disarankan untuk berehat buat sementara waktu.
“Operation kedua dan selamat berjalan tapi mak belum bangun. Kita cuba kejutkan mak esok. InsyaAllah.
“Hari ini saya di CICU. Tak dapat join ustaz dan pelajar-pelajar,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pulang itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, dia juga berada di hospital bagi memantau keadaan semasa the ibunya itu.
Sementara itu, Remy turut memaklumkan sesi solat hajat yang disertai oleh pelajar-pelajar tahfiz masih lagi diteruskan di rumah ibunya yang kini memasuki hari ke-3.
“Hari ke-3 solat hajat dan bacaan Yassin dari rumah mak oleh anak-anak tahfiz. Terima kasih kepada ustaz dan para pelajar tingkatan empat,” kongsinya.
Sebelum ini, pembedahan jantung pertama ibunya itu difaham telah berlangsung selama hampir 12 jam dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Katanya lagi, dia sekeluarga akan berikhtiar sebaik mungkin bagi memastikan keadaan ibunya kembali sembuh seperti sedia kala.
Terdahulu, sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kardiak (CICU) Hospital Serdang, ibu Remy yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal terlebih dahulu telah menerima rawatan di Hospital Besar Melaka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir isterinya dan juga ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima.
Menurut Shuk, dia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang tidak pernah jemu meberikan yang terbaik buat dirinya dan juga anak-anak.
“20 dec 2020 harini ada 2 benda penting dalam hidup saya yang pertama selamat hari lahir @rossa.sera insan yang kini menjadi istri dan ibu kepada anak-anak saya yang kedua selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke lima.
“Terima kasih sehingga ke hari ini masih lagi bersama dengan i masih lagi uruskan makan pakai i uruskan anak-anak i. Gelaran sorang isteri ni bukan biasa-biasa,” tulisnya di Instagram.
Jelas penyampai radio Hot FM ini lagi, dia sangat menghargai jasa dan pengorbanan isterinya yang selama ini telah menjadi tulang belakang dalam kehidupan keluarganya.
“Pada I untuk digalas oleh seorang wanita kalau orang kata lelaki nampak gagah tapi tak semestinya gagah lelaki itu segagah apa yang seorang wanita lalui.
“Bila bergelar isteri semoga kegagahan yang you ada sampai ke harini dapat kekalkan kita sampai ke jannah. I mintamaaf atas segala apa yang berlaku sepanjang dah 5 tahun you bergelar isteri i.
“Kalau kegagahan you tu dapat dilihat secara fizikal mesti badan you dah nampak mcm body builder. Terima kasih @rossa.sera and i love u,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke jannah.
Terdahulu, Syuk telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan kini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Foto: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.