Pelakon dan model, Rita Nadira tidak menafikan ada yang menyamakan dirinya dengan figura aktres popular, Rita Rudaini susulan raut wajah bujur sireh dan fizikal yang tinggi lampai.
Malah Rita, 26, memaklumkan, pujian tersebut diterimanya sejak di bangku sekolah lagi dan sudah terbiasa disamakan wajahnya dengan ibu beranak dua itu.
“Kisah muka sama dengan kak Rita Rudaini sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi sudah saya terima.
“Waktu itu dia sangat terkenal dengan filem Mami Jarum, jadi saya pun bangga apabila disamakan.
“Sehingga ketika saya melakukan ujian memandu ketika berumur 18 tahun pun, ada pegawai tanya sama ada saya ialah adik pelakon berkenaan,” katanya.
Rita bagaimanapun memberitahu, setakat ini dia belum pernah bertentang mata dengan aktres jelita itu, cumanya mereka pernah berbual melalui telefon.
Ads
“Ada satu hari ketika saya menjalani penggambaran dengan pelakon Kartina Aziz, dia ada hubungi Rita Rudaini dan minta saya bercakap dengannya.
“Jadi, kami pun saling berkenalan dan masing-masing kaku tak tahu nak bual apa pada peringkat awal. Tapi, pengalaman itu tak boleh dilupakan.
“Jujurnya saya tak kisah disamakan dengan pelakon itu. Apa pun, bagi saya kami ialah dua individu yang berbeza,” katanya lagi.
Ads
Kian aktif dengan pelbagai tawaran drama, Rita juga teruja apabila turut terbabit dalam drama pendek enam episod berjudul Sampai Bila.
Projek istimewa itu adalah sebagai antara rangka promosi selepas dia dilantik sebagai wajah baharu produk BeauSiti.
“Drama ini bukan sekadar untuk hiburan, tetapi sarat mesej mengenai makna revolusi yang ingin kita lakukan dalam hidup.
Ads
“Berpeluang bekerjasama dengan pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ibarat mimpi menjadi kenyataan.
“Malah saya sangat terkejut apabila Siti berminat menjadikan saya sebagai wajah produknya selain terbabit dalam drama bersiri berkenaan.
“Sepanjang pertemuan dengan Siti banyak perkara yang kami bualkan. Beliau berkongsi mengenai bagaimana nak terus bangkit daripada kegagalan dan terus bertahan dalam setiap apa yang kita perjuangkan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi asal Singapura yang kini bersaing di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Hazrul Nizam mengakui sehingga kini dia masih solo dan tidak pernah mendirikan rumah tangga.
Terbuka untuk berkongsi statusnya itu kepada peminat, Hazrul bagaimana pun tidak menafikan dia sebenarnya lebih gemar untuk tidak terlalu berkongsi hal privasi.
“Saya selesa begini memandangkan saya seorang yang ‘private’, termasuk mengenai ahli keluarga dan sebagainya. Biarlah keluarga sokong saya di belakang dan saya ke depan.
“Kalau ada orang bertanya (hal peribadi) juga, kita tengoklah sejauh mana. Kalau soal status saya tak pernah kahwin, masih solo.
“Saya terbuka jugalah untuk kongsi, selagi ia tidak menyentuh mengenai ahli keluarga. Kalau libatkan saya seorang, saya okay saja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hazrul,42, yang kian mendapat rentak selepas menerima markah rendah pada konsert pengenalan GV9 mengakui kini lebih selesa untuk membuat persembahan tiap minggu.
“Saya sudah rasa makin selesa membuat persembabahan. Pada masa sama, ramai juga penyokong yang beri kata semangat. Jujurnya pada minggu pertama saya lakukan riviu lihat balik persembahan, betul ke aku nyanyi begitu.
“Jadi saya kena buktikan sesuatu. Minggu kedua saya betul-betul nak buat yang terbaik dari segi nyanyian dan penghayatan juga. Alhamdulillah dan saya syukur bila lagu saya dikenali sehingga ke Malaysia, memang tak sangka,” katanya lagi.
Penyanyi dan ushawan yang kini muncul dengan single baru berjudul Pipiyama, Shiha Zikir ada memuat naik sekeping foto seorang jejaka yang dikenali sebagai Arule.
Posting terkini itu dikongsikan Shiha menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.
Difahamkan, jejaka itu juga merupakan teman istimewa dalam hidup Shiha dan umum sedia tahu, penyanyi berkenaan agak jarang berkongsi foto wajah lelaki berkenaan, meski sudah bertahun saling mengenali.
“Happy Birthday❣️ inilah antara orang selain mak & family Shiha yang sentiasa support & bagi semangat dalam bidang seni ni.
“Kdg2 rasa terharu jugak sbb dia accept shiha seadanya dan tak penah complain haha..ya la,Shiha ni mudah terhibur,kuat gelak,suka nyakat,dalam masa yang sama mudah jadi hulk kalau ada orang dok buat pasai.tq so much tau ????
“Cepat je masa berlalu,dah bertambah tua semlm kan? Happy Birthday!,” tulis Shiha.