Aktres Rita Rudaini bersuara mengenai isu disiplin pelajar, khususnya yang membabitkan institusi pendidikan, menerusi satu perkongsian yang dikongsikan di Instagram, hari ini.

Luahannya itu merujuk kepada insiden video buli membabitkan tujuh pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang kini tular di media sosial.

Menerusi perkongsian sama, Rita menyeru agar pelajar yang tidak mahu belajar serta guru yang sudah hilang semangat mengajar supaya berundur demi kebaikan semua pihak.

“Yang tak nak belajar, sila keluar. Yang dah bosan mengajar pun boleh juga keluar,” tulisnya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini Rita rurut menghargai tindakan pantas yang diambil oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki susulan insiden yang berlaku.

“Terima kasih Dr. Asyraf Wajdi Dasuki. Tindakan yang cepat walaupun benda jadi tahun lepas, pihak maktab tak patut sorok atau ambik ringan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Rita berpendapat tekanan akibat peraturan terlalu ketat boleh menjadi antara faktor pelajar mula memberontak dan akhirnya terjebak dalam perlakuan yang tidak baik.

Ads

“Kadang-kadang peraturan yang ketat, tegas tak tentu pasal pun boleh buat budak-budak stres dan mula memberontak.

“Mula buat hal kacau orang. Dari seronok-seronok kacau terus upgrade ‘buli’. Ada yang tak kacau orang tapi lepaskan stres dengan cara lain,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Asas Pendidikan Dari Rumah

Tambahnya lagi, walaupun pelajar sekarang dilahirkan dalam era teknologi serba canggih, namun tahap pemikiran dan keupayaan berfikir mereka seperti tidak sematang generasi terdahulu.

“Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman canggih tapi otak depa tak secanggih budak-budak zaman dulu.

Ads

“Budak-budak dulu nak buat satu benda memang fikir 100 kali sambil terbayang kena libas.

“Budak-budak sekarang, ‘buat dulu, fikir? Nanti bila free-freelah fikir,” jelasnya tang turut berpendapat, asas pendidikan seseorang juga bermula dari rumah.

“Didikan jugak bermula dari rumah. Nak tengok peribadi seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan. Ketegasan dan kekerasan tu berbeza. Hormat dan takut mana satu pilihan,” luahnya.

Rita bagaimanapun menghormati institusi pendidikan seperti MRSM dan menegaskan bahawa masalah sebenar berpunca daripada sikap individu itu sendiri.

Ads

“Maktab tak salah. Mana-mana sekolah pun sama. Yang tak betul tu perangai dan sikap manusia. MRSM tetap terbaik,” jelasnya lagi.

Insiden Kini Tular

Sebelum ini, tular video yang mengaitkan perbuatan buli membabitkan pelajar MRSM.

Rakaman video berdurasi 1.31 minit tersebar di media sosial, memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Remaja lelaki berkenaan turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada punggung, namun tidak dapat dipastikan ia cuma suatu gurauan atau perbuatan buli.

Berikutan itu, Asyraf Wajdi semalam dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat video tular dikaitkan dengan perbuatan buli membabitkan pelajar di MRSM.

Beliau juga menegaskan tindakan tegas bakal diambil sekiranya kejadian dalam rakaman video berkenaan adalah perbuatan buli yang memang berlaku di institusi berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI