Rita Rudaini Cerita Detik Cium Hajarul Aswad, Tanam Doa Moga Anak-Anak Dapat Pimpin Tangannya Kelilingi Kaabah Satu Hari Nanti

Share

Pelakon Rita Rudaini yang berada di tanah suci bagi menunaikan umrah bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ada berkongsi momen saat dia bersama anak-anak bersesak-sesak bersama jemaah demi mencium Hajarul Aswad.

Tulis Rita menerusi Instagram, dia bagaimanapun berjaya melakukannya selain menyatakan rasa bertuah kerana mempunyai dua anak yang sentiasa setia di sisi.

“Bertuah mommy ada sayap kiri dan kanan. Tak sabar nak tggu depa plak pimpin tangan mommy keliling kaabah suatu hari nanti. Seronok depa walaupon kena penyek,kena tolak, kena himpit, kena pijak.

“Mommy kata, itulah kehidupan, dlm hidup kita ni mcm2 ujian tapi walau mcm mana pon kita tetap kena trus kn ke depan. Macam kita keliling kaabah ni lah, kena sabar org pijak, org tolak..kena jln dah habiskn jugk pusingan. Semua tu DIA uji hati kita.

“Kita boleh susah atau tidak, umrah kali ni mommy dpt cium Hajarul Aswad dengan arjuna @adikzwan bwk ryan, tapi kami terpisah biasa laaa dh di tolak2, di tarik2. Memang seksa DIA sj yg tau, Arjuna sampai xbole bernafas,” jelasnya.

Rita turut memaklumkan kedua anaknya juga turut berkesempatan untuk mencium Hajarul Aswad meski terpaksa mengharungi lautan jemaah lainnya.

“Mommy suruh dia dongak ke langit ambik udara, rasa bersalah jugk heret dia masuk situ, tp nk patah balik mmg xboleh, dgn kekuatan hati alhamdulillah arjuna dpt cium.

“Macam  tu jugak ryan, dgn ketabahan @adikzwan sampai kena dukung ryan sbb dia risau takut ryan kena pijak. Dapat depa cium, mmg sgt menakutkan berada di situ. Tak tau keadaan di situ xbole di kawal lg, berhimpit laki n perempuan.

“Tapi kebanyakkan di situ adalah kaum lelaki, perempuan susah nak lepas. Yang lelaki2 ni punya ganas tolak muka mommy, tarik tudung mommy, tarik jubah mommy, mommy pon xtau nk nangis ke nak gelak. Tangan mommy xboleh nk defend diri dah sbb tgh pertahan n lindung anak.

“Tak tahu jd dosa ka pahala melayang ke mcm mana, sepatutnya kerajaan arab buat waktu asing utk lelaki dan perempuan yg nk cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد atau solat di حجر إسماعيل spt di raudhah.

“InsyaAllah moga ada nnti, apa2 pon pengalaman kami anak beranak di asak di ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد adalah satu pengalaman yg xdpt mommy lupakan sbgai seorg momdad dan mommy rasa sgt puas dan syukur pd DIA krn membantu mommy. #theAiritsjourney,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, bintang Mami Jarum ini turut berkongsi beberapa foto kenangan saat berada di tanah suci.

Foto: Instagram Rita Rudaini

Published by
MH