Usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati selamat menimang cahaya mata kelima iaitu bayi lelaki yang dilahirkan pada petang Jumaat di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Suaminya, Datuk Kamarulzaman Mohammad Hanafiah berkongsikan berita gembira itu di laman Instagram miliknya, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih di atas doa-doa semua pihak.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki jam 6.37 petang, 19 Mei (Jumaat).
“Syukur, terima kasih Ya Allah, terima kasih atas setiap doa dan ucapan buat isteri dan bayi kami.
“Semoga kelahiran si buah hati yang kelima ini akan menjadikan anak yang mencukupkan kasih sayang dan kebaikan hati yang baharu dalam hidup kami.
“Kami akan mencintai setiap saat dan bersyukur dengan adanya keajaiban ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Rita memaklumkan dia pernah mengalami keguguran pada awal tahun lalu sebelum dikurniakan rezeki untuk hamil lagi pada hujung 2022.
Rita dan Kamarulzaman mendirikan rumah tangga pada 4 Disember 2011.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Respect Rody Sebab Dia Tegur Saya Dulu,” – Solat Jemaah Lerai Sengketa, Lan Solo Beri Respon Fasal Bersatu Semula Dengan Kristal
Penyanyi Lan Solo, bersyukur selepas hubungannya bersama gitaris kumpulan Kristal, Rody kini telah pun kembali jernih.
Menurut Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, harapannya untuk berbaik semula dengan sahabat lamanya itu telah dimakbulkan selepas mereka dipertemukan ketika sama-sama ingin menunaikan solat jemaah di surau sewaktu menghadiri konsert minggu Gegar Vaganza 8 (GV8).
Katanya lagi, dia berharap agar hubungan baik ini akan berkekalan sampai bila-bila.
“Saya amat respect dengan Rody kerana dia yang menegur saya dahulu. Kisahnya begini, saya bertemu dengan Rody ketika sedang solat di surau PICC. Saya ikut jemaah ketika rakaat kedua.
“Selesai sahaja menunaikan solat, ada orang datang tepuk bahu saya sewaktu nak menyarungkan kasut. Rupanya orang itu adalah Rody. Bermula daripada itu, kami pun bersembang bertanyakan khabar.
“Sebelum ini ramai yang bertanya saya, bilakah kami akan berbaik. Saya hanya menjawab biarlah masa yang menentukan . Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami.
“Sejujurnya saya tak pernah menolak untuk berbaik kerana kami ini dah seperti adik-beradik. Mak ayah dia macam mak ayah saya. Begitu juga sebaliknya. Saya berharap agar hubungan baik ini akan berterusan dan tiada lagi orang-orang yang akan melaga-lagakan kami,” katanya.
Lan Solo berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan single terbarunya yang berjudul, 5 Kaki 4 Inci yang berlangsung di Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur.
Ketika ditanya adakah dia bakal bersatu semula bersama kumpulan Kristal, Lan memberitahu, dia dan Kristal sudah pun punyai jalan mereka yang tersendiri.
“Saya dah ada Kristal X dan mereka pun dah ada penyanyi baru. Tak manis rasanya kalau kita bercakap fasal isu ini. Mereka dah ada ‘perkahwinan’ baru takkan saya nak ganggu rumahtangga (band) mereka.
“Saya perlu menghormati band Kristal begitu juga mereka dengan ‘keluarga’ baru saya, Kristal X. Bagaimanapun, saya tidak akan menolak sekiranya ada perancangan untuk berkerjasama selepas ini.
“Kami tak bertegur sapa daripada 2017. Mungkin ini masa yang terbaik untuk hentikan persengketaan ini,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lan memberitahu, lagu 5 Kaki 4 Inci ini merupakan percubaan pertamanya untuk menembusi pasaran muzik di Borneo.
Tambahnya lagi, ini juga merupakan salah satu usahanya untuk membalas semua jasa baik rakyat-rakyat Sabah yang tidak putus-putus menyokongnya selama ini.
“Saya tak nafikan, lagu ini sememangnya untuk mengambil hati rakyat-rakyat Sabah. Ini juga sebagai tanda penghargaan saya buat masyarakat di sini yang sentiasa menyokong saya selama ini.
“Sejujurnya, sepanjang saya membuat persembahan di sini, saya sentiasa mendapat sokongan yang luar biasa. Walaupun persembahan itu berbayar, saya teruja kerana penontonnya sentiasa penuh.
“Walaupun harga tiket RM10 atau RM15, penonton di stadium sentiasa penuh. Ini penghargaan yang perlu saya balas. Penerimaan peminat di Sabah ini sangat luar biasa. Saya rasa amat dihargai,” akhirinya.
Lagu yang mencampurkan elemen Bahasa Melayu Sabah dan diselitkan dengan lorat Dusun ini diciptakan sepenuhnya oleh Valvet Aduk Lawrence dan Marsha Milan.
5 Kaki 4 Inci kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula akan ditayangkan bermula hari ini di laman Youtube rasmi Lan Solo.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Comel Sis Berbadan Dua,” – Sajat Sahkan Fasha Sandha Kini Hamil?
Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat ada berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan usahawan dan juru solek, Datuk Alha Alfa pada Ahad.
Dilangsungkan dengan meriah di Dewan MINDEF, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, penyanyi Makhluk Penggoda itu turut berkongsi gambar bersama rakan karibnya, Fasha Sandha yang turut berada di majlis sama.
Menariknya di ruangan kapsyen, Sajat ada menyatakan perasaan terujanya buat Fasha yang kini didakwa hamil anak pertamanya bersama suami, pelakon Aidil Aziz.
“Walaupun lama tak jumpa, tapi bila jumpa, harus bergambar tau. My lovely cute friend Fasha Sandha dan Elisya Sandha.
“Comel sis Fasha berbadan dua. Nanti ada masa kita lepak sama-sama ya,” tulisnya.
Terdahulu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun keguguran ketika usia kandungan mencecah kira-kira satu bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha bagaimanapun masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi setakat ini mengenai khabar angin yang membayangkan dirinya kini hamil lagi.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sama Macam My Dad Datang Risik My Mum Tengah Kerja…,” – Kalau Dah Jodoh, Raja Ilya Dedah Hanya Jumpa Suami 3 Kali Sebelum Berkahwin
Pelakon cantik, Raja Ilya mendedahkan dia dan suami, Trent Garret hanya berjumpa tiga kali sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga dan saling mengenali antara satu sama lain selepas itu.
Situasi tersebut hampir sama yang dialami ibu dan bapanya sebelum keduanya disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Sambil mempromosikan satu jenama minuman yang mampu mengurangkan berat badan, pelakon filem KL Vempires ini berkongsikan momen istimewanya itu.
“So blessed with a loving husband. Jumpa trent 3 kali je before we decided to get married and get to know more after married. So traditional kan?
“Sama mcm my dad datang risik bila my mum tengah kerja, so my grandma rushing surprise jemput my mum dari kilang and balik rumah terus kena lamar,” jelasnya.
Dia pada masa sama turut bersyukur kerana memiliki suami yang banyak berikan dorongan.
“Alhamdulillah. Trent byk support and bring out the best in me. He wants me to be happy, jaga penampilan.
“Perempuan kalau ada inisiatif utk cantik dan dapat body shape yg lawa, lebih confident dgn diri sendiri.. kurangla sentap2 dgn husband.. kurang drama suami isteri tu.
“Suami lagi sayang sbb kita pandai jaga body utk suami. ilya pun mmg dah almost 3 years consume all bodydream product just before i get married. so Jangan kecam tau. ilya cakap JUJUR, this is women’s problem!
“Moment captured between me and suami di dapur. korang bole try buat dgn suami masing2 utk eratkan kasih sayang. Love u suamiku…for making cup of two Lamocha Slimming Coffee. #bodydreamlamocha,” tulisnya lagi sambil memberikan kredit.
Terdahulu, Raja Ilya dan Trent Garrett berkahwin di Perth Australia dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak pada 23 Disember 2018.
Foto: Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI