Walaupun berbeza agama, penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Mahalini Raharja.
Majlis pertunangan pasangan itu diadakan di The Langham, Jakarta, Indonesia pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Instagram label muzik yang menaungi kerjaya Rizky iaitu RFAS Music.
Majlis pertunangan mereka disaksikan oleh 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Penyanyi lagu Kesempurnaan Cinta itu berkata niatnya untuk bertunang adalah untuk tujuan yang baik kerana ibadah.
“Tidak ada banyak kata yang saya boleh ungkapkan di sini. Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi individu yang lebih baik dan mempunyai tujuan yang tulus.
Ads
“Mungkin saya tidak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri tapi izinkan saya memperbaiki bersama dengan Mahalini. Terima kasih,” kata Rizky.
Pasangan ini mula terbuka berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka sejak dua tahun lalu.
Ads
Untuk rekod, Rikzy, 25, merupakan seorang Muslim manakala Mahalini, 23, pula merupakan penganut agama Hindu.
Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan popular, Tya Arifin berbesar hati apabila produk terbaharu Mutyara Beauty iaitu Mutyara Vgin berjaya menyelamatkan hubungan satu pasangan suami isteri yang tidak didedahkan identiti.
Menurut Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, 29, dia telah memilih seorang wanita berstatus isteri yang mengakui renggang dengan suami untuk mencuba Mutyara Vgin selama dua bulan secara konsisten.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana Mutyara Vgin menjadi salah satu asbab dalam mengembalikan keharmonian rumah tangga.
“Akak ini adalah salah satu pengikut saya yang kita pilih untuk menjadi orang special yang merasa produk baru Mutyara tahun lepas, Mutyara Vgin.
“Sebelum ini, dia berhadapan dengan satu masalah ‘perhubungan’ dengan suami. Selepas saya taja Mutyara Vgin selama dua bulan konsisten, kemudian akak kongsi hasilnya, saya rasa bahagia apabila dapat tahu maklum balas sebenar.
“Perasaan bila apa yang kita buat boleh bantu sesuatu yang penting dalam hidupnya, rasanya sangat bahagia,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi TikTok (link video dia).
Isteri kepada Asyraf Khalid turut menambah, dia terbuka untuk menjadi tempat golongan isteri mengadu masalah bagi mendapatkan nasihat atau bantuan.
“Saya sendiri menjalani rumah tangga, bukan baru setahun. Semestinya ada masalah tak kisah suami atau isteri.
“Saya sangat bersyukur dengan adanya produk Vgin dapat membantu menyelesaikan atau memberikan harmoni hubungan suami isteri yang hampir-hampir tidak boleh diselamatkan.
“Alhamdulillah ini juga berkat dengan usaha dan komunikasi juga. Kepada anda di luar sana, jika ada masalah perhubungan dengan suami tetapi tidak tahu nak bercerita dengan siapa, saya ada untuk anda semua,” katanya lagi.
Penyampai radio dan pelawak, Jep tampil menjawab seterusnya memilih untuk menghentikan isu yang terkait mengenai ketiadaan Shuib dan kumpulan Sepahtu menerusi program Sepahtu Reunion Live (SRL) sebelum ini.
Penjelasan panjang lebar tersebut dijelaskan Jep dengan memaklumkan perkara tersebut bermula selepas Shuib diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas babak yang didakwa tidak bersesuaian di dalam program berkenaan.
Susulan insiden itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad difahamkan telah digantung selama dua minggu.
Jep berkongsi cerita bagi mengekang sebarang spekulasi yang tidak berasas.
“Dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini. Saya bukan orang yang kemaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya.
“Jadi tolong jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini. Jadi harini saya akan bagi tahu kenapa dia tak ada dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah.
“Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.
“Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.
“Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain.
“Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur. Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal,” luahnya.
Menerusi hantaran sama, Jep memberitahu mereka tetap perlu meneruskan program selepas cuba untuk mempelawa Shuib ke SRL kembali.
“Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba.
Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tapa dia.
“Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya.
“Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia.
Sepahtu tidak pernah buang Dia. Malah disatu waktu kami yang tertunggu dia kembali.
“Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu but rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu mangu,” katanya.
Jep bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik dan tidak pernah rasa marah atau dendam selepas apa yang berlaku.
“Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi.
“Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Tiz Zaqyah ada berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Terukir senyuman kegembiraan di wajah Tiz apabila kelihatan sangat seronok melakukan pelbagai aktiviti termasuk isi masa dengan anak gajah di tepi pantai.
Difahamkan bintang drama bersiri Setelah Aku Dimiliki itu sedang bercuti di Krabi, Thailand.
Pendakwah selebriti, Da’i Syed tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun...