Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin ada memberi kejutan buat isteri tercinta, Nurida Suraya sempena ulang tahun kelahiran malam tadi.
Perkara itu dikongsikan Rizman menerusi Instagramnya.
“Satu anugerah yg tidak ternilai dari yang Esa.. lama ku tunggu.. tapi Allah maha berkuasa.. di pertemukan tepat pada masanya.
“Tanpa kumenduga, Di permudahkan segalanya, hingga menjadi satu ikatan yang juga merupakan Ibadah tuntutanNya.
“Mengenalmu adalah hadiah yang paling bermakna sepanjang hayatku, keserderhanaan mu menjadi inspirasiku, ketulusan cinta yang kau hadiahkan menjadi kekuatanku.
Malah,Rizman bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang sentiasa memahami.
“Sesungguhnya aku insan yang betuah memiliki mu.. selamat hari lahir isteriku..
“Ku doakan agar dirimu dipanjangkan umur denganku, dimurahkan rezeki disampingku, dan diberikan kebahagiaan yang sebanyaknya bersamaku, Dan..
“Semoga bahtera yang baru kita layarkan ini sentiasa diberkati dan sentiasa berada dibawah pelindunganNya. I Love You so much @nuridasuraya 🦋YOU WILL ALWAYS BE MY BABY 🦋,” akhirinya.
Dalam pada itu,Rizman juga telah memberikan kejutan kepada isterinya dengan puluhan belon berwarna merah sebagai simbolik cinta mereka.
Terdahulu, Rizman dan Nurida sah bergelar isteri pada 13 September lalu di ruang acara Glasshouse Seputeh.
Rizman menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Foto: Instagram Rizman Nordin,Nurida Suraya