“RM120k Pakai Dekat Tangan Je,” – Netizen Malaysia Memang Power, Sampai Jam Tangan Alif Satar Pun Jadi Bahan!

Share

Sejak semalam, konflik rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali sensasi lalu menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

Untuk kesekian kalinya juga, nama penyanyi Alif Satar turut terima tempias apabila ada pihak yang seakan terkeliru kerana nama awal yang sama.

Menjengah ke Instagram Alif Satar, posting terkini penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu ada berkongsi sekeping gambar ketika dia sedang menutup muka dengan tangannya.

Gambar tersebut bukan sahaja menjadi perhatian netizen, malah turut tular di laman media sosial apabila ada seorang individu ‘berjaya’ bongkar harga jam tangan yang dipakai Alif.

Menurut individu tersebut, jam tangan yang dipakai oleh Alif itu ialah jam tangan jenama Rolex Koleksi Daytona, dengan anggaran harga mencecah lebih RM120,000.

Sekaligus, penyanyi berusia 28 tahun itu menerima komen pelbagai netizen, berhubung jam yang dipakai.

Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui harga sebenar jam tangan yang dipakai oleh Alif, andai ia benar seperti yang didakwa.

Foto : Instagram Alif Satar & Twitter Ayen

Published by
Nazar Rafiqhi