“RM2 Cukup Tak Nak Makan,” – Jawapan Remaja Ini Buat Air Mata Neelofa Menitis…

Share

Berkongsi klip video khidmat masyarakat yang dilakukan, Neelofa dilihat tidak dapat menahan air mata.

Bertanya perihal kehidupan seharian keluarga ini, nampaknya memberi kesan mendalam kepada selebriti popular ini.

“Adik pergi sekolah bawak berapa duit?

“RM2.00.

“RM2.00? Cukup tak nak makan? Makan apa je?

“Kadang-kadang minum air je,” perbualan terhenti apabila pengacara Meletop itu tidak dapat menahan airmata dan terus keluar untuk menenangkan diri.

Netizen menyifatkan tindakan selebriti ini cukup memberi impak kepada peminatnya. Malah, mereka juga mendoakan Lofa terus sukses agar dapat menyumbang lebih banyak kepada masyarakat.

Foto : Instagram Neelofa

Published by
Noraini Abd Wahab