Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida, 51, mengakui perasaan takut yang datang secara tiba-tiba menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membatalkan pembedahan bariatrik, enam tahun lalu.
Menurut Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, dia sudah membayar kira-kira RM33,000 sebagai wang pendahuluan untuk melakukan pembedahan berkenaan.
“Namun, saya batalkan hasrat pada saat-saat akhir kerana takut walaupun wang pendahuluan sudah dibayar. Saya tiba-tiba tak sanggup nak buat (pembedahan).
“Syukur, Allah masih sayang saya. Ketika itu, saya berhasrat nak buat pembedahan (bariatrik) pun sebab teringin nak kurus dan rasa cantik. Ditambah ketika itu, saya juga adalah penaja Gegar Vaganza.
“Selain itu, saya juga terpengaruh dengan rakan-rakan yang melakukan pembedahan itu. Jadi, saya pun mahu mencubanya. Tapi, mujur akhirnya tak jadi,” katanya, petik Harian Metro.
View this post on Instagram
Vida menambah, dia akhirnya memilih untuk menggunakan produk keluaran sendiri bagi tujuan menurunkan berat badan.
Malah dia turut melakukan aktiviti kecergasan sebagai rutin harian.
“Saya hanya nak amalkan guna produk sendiri. Tak perlu bedah. Tapi, kepada rakan usahawan lain, saya ingatkan agar tidak mengambil kesempatan kepada pengguna sekiranya anda kurus secara pembedahan,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI