Rumah Produksi Merah, milik lagenda rock tanah air, Datuk Awie, mengumumkan penganjuran Rock Warrior Music Festival yang akan menghimpunkan band rock tanah air di dalam satu persembahan yang bertenaga dan penuh nostalgia.
Festival ini bakal berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan ia bakal menjanjikan pengalaman muzik yang tiada tandingan kepada semua peminat rock.
Rock Warrior Music Festival bakal menampilkan barisan artis rock terkemuka seperti Wings, Search (Kid & Din) dan XPDC pada 23 November yang akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka dari era kegemilangan rock sehingga kini.
Awie berkata, penganjuran berkenaan adalah salah satu usaha Rumah Produksi Merah untuk menghidupkan kembali suasana era kegemilangan muzik rock, serta menyatukan generasi lama dan baru peminat muzik genre berkenaan.
“Saya percaya festival ini akan menjadi titik tumpu yang mampu mencorakkan semangat kesatuan dalam kalangan peminat muzik, sama ada mereka adalah golongan lama yang sudah lama menggemari genre rock atau golongan baharu yang baru bersuara dalam dunia muzik ini.
Ads
“Tidak hanya itu, Rock Warrior Music Festival sebagai medan yang amat sesuai untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri muzik rock. Platform unik ini memberi peluang kepada kumpulan rock baharu untuk beraksi, mengagumkan penonton, serta memperkenalkan lagu dan karya original mereka kepada dunia.
“Dengan adanya penekanan yang diberikan oleh festival ini terhadap kepelbagaian bakat dalam kalangan penyampai lagu rock, ia memperlihatkan komitmen sebenar pihak penganjur dalam mempromosikan kepelbagaian dan inovasi dalam industri muzik tempatan,” katanya.
Tambah Awie, Rock Warrior Music Festival bukan sahaja menjadi acara hiburan yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat-peminat muzik, tetapi juga menjadi tonggak penting yang mendokong perkembangan industri muzik rock di negara ini.
Ads
“Diharapkan festival ini akan terus menjadi mercu tanda yang membawa kegemilangan kepada muzik rock, serta menjana inspirasi dan semangat yang berterusan dalam kalangan peminat muzik tanah air.
“Malah, festival ini juga adalah untuk semua pejuang muzik rock yang tidak pernah putus asa menyokong genre ini. Kami mahu menghidupkan semula semangat rock, dan membawa pengalaman yang mengasyikkan kepada semua yang hadir,” katanya lagi.
Ads
Selain persembahan muzik yang bertenaga, acara ini juga menawarkan pelbagai aktiviti sampingan lain, termasuk barisan ‘booth’ makanan dan minuman, aksesori, gerai jualan eksklusif barangan rock, dan banyak lagi.
Tiket untuk menyaksikan Rock Warrior Music Festival turut dijual sejak 7 September lalu dan harga tiket untuk dua hari penganjuran ialah Gold (seated) RM250, Silver (standing) RM200 dan Bronze (standing) RM150.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Uqasha Senrose ada memberikan kata-kata mengenai apa yang berlaku kepada dirinya pada acara kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) Ahad lalu.
Di dalam program anugerah tahunan itu, Uqasha yang tampil elegan menerusi persalinan hitam melekap tubuh rekaan pereka Shanell Harun menerima kejutan lamaran daripada Kamal Adli.
Momen tersebut kemudiannya menjadi buah mulut ramai hingga mencetuskan tular di media sosial
Jelas Uqasha, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa dan menyifatkan dia menerima ‘anugerah’ yang lebih bermakna meski tidak memenangi mana-mana trofi yang dipertandingkan.
“Eim so speechless, even tak menang apa2 tapi qasha menang lagi besar dari award2 yang lain.
“And plus looking million dollars last night because I’m wearing an exclusive diamond collection from @habibjewelsofficial,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat serta rakan selebriti turut tumpang gembira seterusnya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan pasangan.
Sementara itu, Kamal menerusi platform sama turut menjelaskan, tindakannya itu merupakan langkah pertama menghalalkan hubungan mereka.
Malah dia turut gembira dengan jawapan yang diberikan oleh Uqasha dan menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada Allah SWT.
“Yes… Yes! Cuma nk mengHalalkan.. bukan buat perkara tak baik kan.
“Terima kasih atas doa tu, amin. Yang lain serah pada Allah #ame2020 @wardrobe.privato @habibjewelsofficial,” tulisnya.
Terdahulu, Kamal Adli menggamatkan pentas apabila membuat kejutan dengan melamar Uqasha semasa siaran langsung AME2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).
Hero drama Perempuan Tanpa Dosa itu melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan melutut di hadapan aktres berkenaan lalu Uqasha memberikan jawapan ‘yes’ terhadap lamaran berkenaan.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Norman Hakim telah menghadiahkan satu jambangan duit kepada isterinya, Memey Suhaiza bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Bukan itu sahaja, Norman turut berkongsi momen ketika sambutan ulang perkahwinan tersebut yang diraikan bersama di Menara Kuala Lumpur, pada malam Khamis.
“Us celebrating our 9th AnniversaryMakan2 borak2 sampai tak tau pukul berapa,sedar2 tengok keliling orang dah takde & @atmosphere360official dah kemas2 nak tutup.
“Alhamdulillah ada orang tu happy sangat dapat flower a.k.a ‘money’ bouquet mcm tu.
“Senang kita orang lelaki takyah pening fikir nak beli hadiah apa, kita kasi mcm ni pandai2 nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul2 dia nak,” tulis Norman.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
“Apapun terima kasih untuk semua ucapan & doa. Segala yang baik2 datang dariNya. Semoga segala kebaikan melalui doa2 itu kembali semula kepada yang mendoakan. Aamiin Ya Rabb,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Memey mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim pada 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 7, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha, 2 tahun.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa geram terhadap tindakkan seorang wanita yang didakwa cuba mendekati suaminya, Azri Iskandar.
Menurut Ellie, wanita tersebut dikatakan sering menghantar mesej kepada suaminya meskipun ketika lewat malam.
“Assalamualaikum. Salam Perjuangan. Saya dah hantar friend request tapi sampai sekarang tidak ada feedback.
“Nak apa asyik-asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu? Kot ya pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam?
“Kamu nak mintak tolong apa dari suami saya? Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade!
“Apa kena mengena kau punya upgrade dengan family kami? Dah nak mampos sangat ke sampai kau terdesak tengah-tengah malam?
“Siapa kawan-kawan perempuan ni tolong nasihat dia sikit!,” tulisnya.
Rasa marah tersebut dikongsikan oleh Ellie menerusi akaun Facebook miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa yang sama selain turut mengkritik tindakkan wanita tersebut.
Sumber: Facebook Ellie Suriaty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.Menurut pegawai perhubungan...