Memiliki kualiti vokal yang mantap dan berkebolehan mencipta lagu sendiri, nama penyanyi, Amir Masdi kini semakin mendapat perhatian ramai.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa dirinya kini kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan di pelbagai majlis dan program televisyen.
Terbaru, pemilik nama lengkap, Amir Syazwan Masdi ini menceritakan mengenai pengalamannya yang harus memenuhi dua undangan nyanyian pada malam yang sama ketika sambutan ambang tahun baru baru-baru ini.
Jelas Amir, pada malam tersebut, dia harus membuat persembahan di sebuah hotel di Putrajaya dan satu lagi acara di Konsert Ambang 2023 anjuran stesen radio, Suria FM.
Kongsinya lagi, meskipun vanuenya tidak terlalu jauh, tetapi dia terpaksa bergegas berlari ke vanue seterusnya kerana keadaan jalan raya yang terlampau sesak.
“Walaupun, lokasi show hanya bersebelahan, tapi kita kena berlari daripada Hotel Palm Garden Putrajaya ke Ioi City Mall. Jalan memang sangat sesak. Let’s have a great show,” katanya.
Ads
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok itu, penyanyi lagu Kau Sakiti ini telah sampai ke vanue persembahan tepat pada waktunya.
Meskipun tiba dalam keadaan tercungap-cungap akibat letih berlari, Amir tetap memberikan persembahan bertenaga seperti tiada apa yang berlaku.
Meninjau di ruangan komen komen, rata-rata netizen kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan Amir Masdi selain turut meramalkan dia bakal menjadi penyanyi yang disegani untuk jangka masa yang lama.
“Rockers dulu-dulu turun naik bas mini sebab kejar konsert. Rocker sorang ni memang terbaik. Sanggup lari-lari kejar show. Legend in the making.
Ads
“Stamina awak dasyat.
“Bangga dengan kamu Amir. Seorang penyanyi yang bekerja keras dan merendah diri. Semoga 2023 memberikan kebahagiaan dan mambawa tuah buat kamu.
“Hebatnya, terus gapai bintang Amir. Semoga terus menyinari industri seni tempatan.
“Macam mana dia lari-lari tapi suara tetap maintain. Cuba explain sikit,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ads
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan.
Terdahulu, Amir kini sedang sibuk bersaing di program televisyen, The Last Trio Standing bersama gandingan Tomok dan Ariff Sany.
Malah, juara Akademi Fantasia 2016 ini juga bakal berentap di Anugerah Jura Lagu ke-37 (AJL37) menerusi lagu duet bersama Dayang Nurfaizah menerusi lagu Debu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Amir Masdi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-58, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah menerima hadiah istimewa daripada Nabil Ahmad.
Hos rancangan Gegar Vaganza itu telah menghadiahkan sepasang kasut berjenama antarabangsa buat pengacara senior itu.
Momen manis itu dikongsi oleh Pak Nil menerusi akaun Instagram miliknya.
“Terima kasih @nabilzira @zira.ayub bagi hadiah harijadi yg mahal ni pada Paknil.
“Semoga Allah limpahkan lagi kurniaan rezeki yg berlipat ganda atas kebaikan Kamu berdua. Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap murah hati Nabil di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, Pak Nil telah dilahirkan pada tanggal 6 November 1962.
Video: Instagram Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Neelofa mengumumkan bakal mengerjakan umrah buat kali kedua pada 4 Ogos depan.
Neelofa ketika ditemui di Damansara, Petaling Jaya siang tadi memberitahu dia teruja apabila dapat melaksanakan ibadah kelima rukun Islam bersama ibu dan dua orang adik lelakinya.
“Saya akan berangkat pada 4 Ogos ini,tapi kami masih dalam proses untuk mendapatkan visa kerana banyak perkara yang masih belum lengkap.
“Saya sangat teruja kerana dapat menunaikan ibadah bersama bersama ibu dan dua adik lelaki saya,” katanya kepada MH ketika ditemui pada sesi rakaman program Naura Shares di sini.
Dalam pada itu, Neelofa,30 turut membuat persiapan sebelum berangat ke Tanah Suci Mekah.
“Saya banyak baca buku dan ada juga ustaz yang datang ke rumah untuk memberi pencerahan kepada adik-adik saya yang belum pernah lagi pergi ke Mekah,” kongsi Neelofa.
Penyanyi Ning Baizura ada berkongsi detik cemas apabila cincin yang dipakainya ketika membuat persembahan baru-baru ini tersekat di bahagian jari tengah tangan kirinya.
Sekali gus, ia menyebabkan jari penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini membengkak sehinga mendapatkan khidmat pasukan bomba untuk menanggalkan cincin berbentuk ikan itu.
“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya.
“Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.
“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.
“Saya cuba menanggalkan cincin tersebut dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.
“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kongsi Ning menerusi Instagram TV.
Menerusi video berdurasi sembilan minit itu, sepasukan anggota bomba melalui beberapa peringkat untuk menanggalkan cincin tersebut dengan cara menyapu minyak pada bahagian jari Ning.
Kemudian, mereka menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.
Manakala, perasaan gemuruh dan gementar dilalui Ning apabila pihak bomba cuba untuk menyelamatkan situasi tersebut.
Di akhir video, Ning berterima kasih kepada pasukan bomba yang bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.
Video : Instagram Ning Baizura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...