Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhkriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras tanpa diketahui penyakit sejak Rabu.
Berita itu disahkan oleh rakan baiknya, penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman memetik laporan Berita Harian.
Menurut Salwa, dia yang masih terkejut dengan berita itu berkata doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapi Rohana memandangkan penyanyi itu tidak pernah mengalami penyakit serius sebelum ini.
“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui.
Dua ‘maharaja’ sukan bola sepak masa kini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menggemparkan media sosial seluruh dunia selepas masing-masing memuat naik gambar bersama di akaun Instagram.
Foto tersebut dirakam bersempena kempen khas yang bersama jenama fesyen antarabangsa, Louis Vuitton (LV).
Kedua-dua mereka yang dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman (GOAT) ini dilihat sedang bermain catur di atas ‘briefcase’ ikonik LV.
Foto tersebut nyata mengejutkan ramai pihak terutamanya buat peminat tegar kedua pemain ini. Sebelum ini, segelintir peminat dilihat sering kali berbalah bagi membuktikan siapakah diantara dua idola ini layak diangkat sebagai ‘The Greatest Of All Time’.
Dalam pada itu, foto ini juga diramal bakal memecahkan rekod sebagai gambar yang memiliki tanda suka paling banyak di plaform Instagram.
Setakat ini, foto tersebut telah pun meraih lebih 27,000,000 tanda suka di platform Instagram Ronaldo manakala Messi pula 21,000,000.
Sekadar informansi, Ronaldo dan Messi telah mendominasi sukan yang dicintai ramai ini sejak 15 tahun yang lalu dan mereka juga telah mengecapi banyak kejayaan dipelbagai peringkat.
Jika digabungkan, kedua-dua mereka ini telah pun meraih 12 Anugerah Ballon d’Ors. Persaingan diantara mereka ini nyata menjadi inspirasi bukan sahaja buat pemain-pemain lain tetapi juga seluruh peminat bola sepak.
Terdahulu, Ronaldo dan Messi bakal berentap di Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 bagi mewakili negara masing-masing iaitu Portugal dan Argentina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Louis Vuitton, Cristiano Ronaldo, Messi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pembabitannya dalam bidang seni bermula selepas menyertai program realiti Mentor Milenia musim kedua yang disiarkan di TV3 pada 2017. Ketika itu, Syeera Aziz terpilih menjadi protege kepada penyanyi Black Hanifah.
Selama beberapa minggu berjuang dalam program itu, Syeera Aziz, 24, atau nama sebenarnya Nur Syaheera Abd Aziz berjaya mara ke peringkat akhir dan berada di tempat keempat.
Bagi Syeera, biarpun tidak bergelar juara itu bukan titik noktah kepada minat nyanyiannya sebaliknya menjadi langkah untuk terus mengorak langkah sekaligus mengembangkan bakat dimiliki.
Tuah buatnya apabila dia merakamkan single sulung berjudul Redhakanlah pada 2018 yang turut menjadi antara lagu tema drama 100 episod, ‘Cinta Tiada Ganti’ yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Tidak hanya menyanyi, Syeera juga mula berjinak jinak dalam bidang lakonan. Baginya, seni itu tidak terbatas pada satu bidang semata-mata.
“Saya memang dari kecil suka menyanyi. Tapi nak ikutkan zaman sekarang ini setakat menyanyi saja susah. Jadi apa salahnya mencuba dalam bidang lakonan juga. Mungkin selepas ini mengacara pula.
“Seni ini berlandaskan bakat. Jadi apa saja boleh buat. Memandangkan saya masih baru, jadi tiada masalah untuk bahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan lakonan. Insya-Allah mana tahu selepas ini ada peluang untuk mengembangkan lagi bidang seni yang diceburi. Kalau boleh memang nak sibuk,” katanya.
Terbaharu, Syeera muncul dengan single Panggil Sayang. Single kedua terbitan Nova Music ini mengetengahkan genre pop.
Menurut Syeera, lagu ciptaan Shazee Ishak dan Audi Mok serta lirik oleh Shazee Ishak, Audi Mok dan penerbit drama itu, Arisz Ab Rahman disifatkan ‘fresh’.
“Kelebihan yang ada pada lagu ini adalah ia sebuah lagu yang segar, lirik dan melodi yang senang untuk pendengar ingat dan ‘sing-along’. Lirik pula yang boleh dikaitkan dengan ramai pendengar.
“Dalam masa sama, lagu ini sangat kena dan sesuai dengan trend lagu masa kini yang boleh digunakan untuk kandungan media sosial. Jadi, bagi saya ia sebuah karya yang menarik,” katanya.
Menyedari ‘trend’ industri hiburan tanahair yang mana kebanyakannya lebih gemar menggunakan pendekatan gimik agar sesebuah produk, karya atau naskah itu menjadi tular dan diperkatakan ramai, berbeza dengan Syeera.
Pengalaman dihina, dikutuk, menjadi mangsa sindir badan atau ‘body shaming’ membuatkan dirinya selesa untuk tidak menggunakan cara gimik.
“Sebelum ini tak terfikir nak buat ‘marketing’ macam itu baik dari segi gimik bukan-bukan atau apa saja. Malah, saya juga tak tahu jika perkara itu boleh menaikkan lagu kita. Tapi sekarang bukanlah saya nak buat macam itu.
“Saya selesa menjadikan platform TikTok sebagai medium untuk mempromosikan lagu ini. Sebab itu saya pilih genre lagu ini. Saya belum bersedia untuk dikecam sekali lagi.
“Pengalaman sebelum ini sangat teruk sehingga menganggu emosi. Kecaman diterima hanya kerana saya sedikit berisi adalah sangat keterlaluan.
“Jadi saya fikir untuk sekarang ini tak perlu nak ulang lagi. Saya takut kalau buat gimik bukan-bukan, lebih teruk saya kena. Memang kita tak boleh nak halang apa orang cakap, tapi selagi kita boleh kawal tindakan kita, saya cuba. Tapi, jika gimik yang nak dibuat itu saya boleh terima, saya okay saja,” katanya.
Apa yang pasti, Syeera menaruh harapan besar agar single keduanya ini dapat diterima baik pendengar sekaligus boleh menjadi siulan dan tular.
“Harapan saya terhadap lagu ini semoga dapat menghiburkan pendengar walaupun lirik lagu mengisahkan kehidupan seseorang yang sentiasa berseorangan atau ‘single’.
Namun, terdapat juga motivasi yang ingin disampaikan dan melodi lagu yang boleh mengubah ‘mood’ kesunyian seseorang untuk sentiasa berfikiran positif dan ‘happy’.
“Saya juga berharap lagu ini dapat diterima baik peminat sekaligus boleh dimainkan di stesen radio tempatan. Jauh di sudut hati juga saya mahu single kedua ini berjaya seperti kebanyakan lagu penyanyi sedia ada. Apa pun, saya tetap percaya pada rezeki Allah SWT,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat bersyukur atas kepercayaan jenama Aurawhite yang terus percaya dengan kredibiliti serta komitmennya untuk menjadi wajah wakilan produk itu untuk tahun kesembilan.
Ayda, 31, berkata dia terharu atas peluang yang diberikan selain menyifatkan kerjasama yang terjalin memberi makna tersendiri.
“Saya bersama jenama ini untuk tahun yang kesembilan. Sejak zaman solo sehinggalah saya hamil anak kedua sekarang, hubungan bersama mereka berjalan dengan sangat baik.
“Saya percaya, kerjasama ini bukanlah soal habuan semata-mata, sebaliknya ia lebih bermakna daripada itu. Besar dedikasi saya buat pengasas jenama ini iaitu Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan.
“Saya sudah anggap mereka sebagai antara individu yang menjadi penggerak kepada kerjaya seni saya. Begitu juga dengan barisan jenama lain yang turut mengambil saya sebagai juru cakap mereka.
“Insya-Allah saya akan terus menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin, seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Cuma doa-doakan lah… Mana tahu ikat kontrak untuk tahun ke-10 dengan Aurawhite pula nanti,” selorohnya ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu, Aurawhite Dazzle Glopeptide di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai komen pelbagai yang diterimanya di media sosial susulan bertahun-tahun bergelar duta untuk produk sama, penyanyi lagu Mata ini tidak melihat ia sebagai sindirian negatif.
“Saya ada juga terbaca komen sedemikian, terhibur sebab macam-macam ‘speku’ yang ditulis. Ada yang tanya saya ni ‘duta sepanjang hayat ke?’ sebab kalau cakap beberapa jenama, pasti nama saya yang disebut-sebut. Ada juga yang kata saya anak emas mereka dan sebagainya.
“Apa yang boleh dikongsi, saya bersyukur atas rahmat rezeki yang diterima. Saya pun bakal bergelar ibu kepada dua cahaya mata, insya-Allah. Kiranya saya tumpang tuah baik suami dan anak jugalah… alhamdulillah.
“Cuma senang untuk saya tekankan, ada sesebuah jenama itu mengeluarkan beberapa produk yang berbeza pengguna dan sasaran pembelinya. Jadi akan ada beberapa selebriti lain yang turut diangkat sebagai wajah wakilan. Tidak semestinya satu produk, seorang duta,” katanya lagi.
Sementara itu, Aurawhite Dazzle Glopeptide iaitu produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini dan premium memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting dengan rasa laici beri yang lazat.
Bahan yang digunakan di dalam minuman kolagen ini diiktiraf Halal oleh Jakim dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aurawhite Dazzle Glopeptide didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 800g dan kali ini Aura White mengeluarkan edisi terhad 400g.
Aurawhite juga turut membuka peluang kepada mereka di luar sana yang ingin turut serta menjana pendapatan menjadi stokis, agen atau affiliate boleh hubungi pihak mereka secara terus bagi yang berminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...