Rosé Blackpink terus mencipta rekod baharu, kali ini dengan single kolaborasi hebatnya, APT. bersama Bruno Mars.

Video muzik lagu tersebut telah mencatatkan 700 juta tontonan di YouTube pada 28 Disember hanya dalam tempoh 70 hari sejak ia dilancarkan pada 18 Oktober.

Pencapaian luar biasa ini menjadikan APT. sebagai video muzik K-pop terpantas mencapai 700 juta tontonan, memecahkan rekod 12 tahun yang dipegang oleh PSY dengan lagunya, Gangnam Style.

Lagu ikonik yang tular seantero dunia yang dihasilkan pada 2012 itu mengambil masa 118 hari untuk mencapai 700 Juta tontonan.

Ads

BACA JUGA: Lagu Baru Lisa BlackPink ‘Meroket’, Muzik Video Trending Nombor Satu Dengan 52 Juta Tontonan Dalam Dua Hari!

Di peringkat global, APT. kini menjadi video muzik keempat terpantas mencapai 700 juta tontonan di YouTube.

Ads

Ia dikalahkan oleh video muzik Hello oleh Adele, X (EQUIS) oleh Nicky Jam dan J. Balvin, serta Taki Taki oleh DJ Snake yang menampilkan Selena Gomez, Ozuna, dan Cardi B.

Ads

Pencapaian Rosé ini bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai ikon pop global, tetapi juga menonjolkan pengaruh luar biasanya dalam memikat hati peminat di seluruh dunia.

Setakat berita ini ditulis hari ini, video muzik APT. telah mencapai sebanyak 742 juta tontonan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI