Susulan isu membabitkan waktu kerja pemain industri seni lakonan yang dikatakan ada mencecah sehingga 20 jam sehari, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor turut berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut.
Menurut Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 56, selaku penerbit dia sudah lama mengamalkan tempoh waktu bekerja paling maksimum selama 12 jam sehari sahaja.
Mempunyai syarikat penerbitan, Suhan Movies yang ditubuhkannya sejak 20 tahun lalu, Rosyam berkata tempoh masa lebih 20 jam sehari sudah tidak bersesuaian kerana setiap manusia mempunyai limitasi selain perlukan waktu rehat yang mencukupi agar kekal bertenaga di set penggambaran.
“Saya pernah kerja 48 jam tanpa henti tapi tak bising pun… Tapi itu dulu.
“Untuk perubahan industri itu, saya rasa dah kena hadkanlah, bukan 20 jam dah lah. Zaman dah berubah.
“Kalau (syarikat produksi) saya, paling lambat pun 12 jam. Kalau dah lebih 13, 14 jam, memang saya dah bising dah,” katanya kepada MH.
Rosyam ditemui pada majlis penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) – First 24 Hours Upscale Wholesale Market dan pelancaran jualan gudang ST Rosyam Mart di cawangan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Rosyam berkata hal ini boleh diselesaikan dengan mengambil kira toleransi daripada kedua-dua pihak iaitu pelakon dan juga syarikat produksi.
“Mungkin ada sebablah 20 jam itu, mungkin nak habiskan ke (waktu penggambaran)… saya tak tahu sebab saya tiada dalam situasi itu, saya tak boleh komen banyak.
“Tapi kalau boleh janganlah buat sampai 20 jam, tak laratkan. Ini atas dasar kehendak, persetujuan kedua belah pihak, kalau rasa dia (pelakon) tak boleh buat macam itu, baliklah.
Ads
“Zaman saya dulu lain, zaman susah… boleh kerja 48 jam, tiada gaji tambah pun tapi kami happy sahaja,” katanya lagi.
Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelakon didakwa terpaksa bekerja selama 20 jam kerana ada segelintir produksi mahu menjimatkan kos penerbitan drama atau filem.
Sementara itu, Rosyam melihat pengiktirafan daripada MBOR sebagai satu pembakar semangat buat ST Rosyam Mart terus berkembang maju dan telah menetapkan misi untuk mendirikan lagi 15 buah pasar raya di sekitar Lembah Klang menjelang penghujung tahun 2023.
“Setakat ini kami sudah mempunyai lima ST Rosyam Mart dan InsyaAllah pada hujung tahun ini, misi kami untuk mempunyai 20 cawangan di sekitar Lembah Klang.
Ads
“Bersempena penganugerahan daripada Malaysia Book of Records ini juga, pihak kami menganjurkan jualan gudang selama tiga hari di ST Rosyam Mart cawangan Shah Alam, yang mana menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus untuk barangan terpilih,” kata Rosyam lagi.
Untuk makluman, cawangan pertama ST Rosyam Mart terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur yang dibuka pada 1 June 2018.
Setakat ini, ia sudah mempunyai empat cawangan lain iaitu di Shah Alam, Sungai Buloh, Taipan dan USJ 9, Subang Jaya.
Cawangan terbaharu bakal dibuka di Taman Ehsan, Kepong pada 1 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Imran Ajmain memberikan pendapat berhubung susulan respon yang diberikan pihak sebuah institusi pengajian tinggi terhadap kaedah bantuan yang cuba dihulurkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membawa pulang pelajar yang terkandas.
Difahamkan, Ustaz Ebit Lew diminta untuk membuat permohonan maaf gara-gara kaedah bantuannya berikutan situasi semasa yang berlaku ketika ini.
Menurut Imran, sekiranya anda tidak boleh memberi solusi untuk sesuatu masalah, jangan pula ditambah dengan masalah lain.
Ustaz tu was fast-acting, on point and genuine. He acted for the students, not the university. Uni boleh anggap students tu semua kongsi duit balik sendiri, tak perlu nak salahkan Ustaz tu apa2.
”Tindakkan Ustaz itu cepat, tepat dan tulus. Dia bertindak untuk bantu pelajar, bukan pihak universiti.
“Universiti boleh anggap pelajar tu semua kongsi duit balik sendiri. Tak perlu nak salahkan ustaz tu apa-apa.
“Jika anda tidak boleh jadi sebahagian daripada individu yang mencari solusi, jangan pula ditambah dengan masalah lain,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Seribu Tahun itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Imran itu.
Dalam perkembangan lain, Ustaz Ebit Lew kini dikatakan menangguhkan hajatnya untuk membawa pulang pelajar yang terkandas di institusi pengajian terbabit sehingga pengumuman baru diumum kelak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ramona Zam-Zam telah kehilangan ribuan gambar di akaun Instagrammya miliknya baru-baru ini.
Difahamkan, perkara itu terjadi apabila aplikasi media sosial Ramona itu dikatakan telah digodam seorang lelaki dipercayai dari Turkey.
Malah, lelaki berkenaan juga telah menutup ruangan komen bagi setiap gambar.
Bagaimanapun, bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 itu telah membuka akaun baru yang kini memiliki hampir 2,000 pengikut.
Menerusi Instagram Storiesnya pula, Ramona kelihatan tenang dan reda akan perkara yang berlaku.
“Hello hai gais, saya sedang menunggu feedback dari pihak Instagram berhubung perkara ini. Hopefully dpt balik IG yg asal. Sedihnya!!!,” kata Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam.
Terdahulu,perkara sedemikian pernah terjadi kepada selebriti lain seperti Aliff Aziz,Jihan Muse dan Janna Nick.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Issey mendedahkan isterinya ketika ini berada dalam keadaan yang baik meskipun usia kandungannya kini telah mencecah lebih empat bulan.
Jelas Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, buat masa ini, isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan cuma dia dikatakan hilang selera untuk makan menu berasaskan ayam.
Katanya lagi, sebagai suami, dia akan melayan apa sahaja permintaan isterinya itu lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.
“Alhamdulillah isteri saya sihat je ketika ini. Usia kandungannya dah masuk empat bulan lebih.
“Buat masa sekarang, isteri saya tiada mengidam apa-apa cuma sekarang ini dia tak nak makan ayam. Saya pun pelik. Nak dekat dua bulan tiada ayam dekat rumah.
“Saya sendiri tak tahu kenapa dia macam tu. Sekarang dia lebih suka makan ikan atau daging. Seafood pun boleh cuma ayam je dia tak lalu.
“Jadi, kalau saya nak makan ayam, saya akan makan di luar. Tapi saya tak kisah semua tu. Orang mengandung ni kita layan je apa kehendak mereka,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Suria FM itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria baru-baru ini.
Dalam pada itu, Issey turut memaklumkan, sewaktu dia mengetahui isterinya sedang hamil, dia berasa sangat seronok meskipun sebelum ini dia mempunyai tiga orang anak tiri.
“Bila dapat tahu isteri saya mengandung, saya seronok sangat-sangat sebab sebelum ni Allah dah hantar amanah dekat saya untuk jaga tiga anak yatim. Walaupun anak tiri, saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri.
“Saya jaga elok semua. Bila dikurniakan rezeki seperti ini, bertambah-tambah seronok saya.
“Tiga beradik ni pun seronok menanti kelahiran adik baru yang akan datang ni,’ jelanya lagi.
Sementara itu, Issey turut menjelaskan dia tidak meletakkan harapan yang tinggi mengenai soal jantina anak kerana dia lebih selesa untuk menyerahkan segalanya di tangan Allah S.W.T.
“Kalau tanya saya, sebolehnya saya nak baby girl. Tapi saya tak kisah dan saya serahkan semuanya kepada Allah. Saya reda apa-apa sahaja.
“Lelaki atau perempuan tak penting, yang penting anak itu selamat dan sihat. Kalau tanya saya secara peribadi, saya nak baby girl.
“Sebab sekarang saya ada seorang anak perempuan, sekurang-kurangnya dia ada kawan. Dua abang dan dua adik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup bersama arwah suami.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...