Pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor kini tampil dengan produk terbaharu, Rosyam Kambing Perap dengan sos Korea Hot dan Spicy pertama di Malaysia.
Memilih daging kambing atas kehendak pasaran semasa, Rosyam berkata, dia meletakkan nama sendiri pada produk tersebut susulan ‘branding’ yang sedia kuat.
“Saya sebelum ini turut bersama-sama membangunkan ST Rosyam Mart. Syukur, sebab jenama ‘Rosyam’ itu sendiri sudah kuat. Jadi nama sama digunakan untuk Kambing Perap ini.
“Pembeli pun akan mudah ingat dan faham. Ini Rosyam punya. Malah nama ‘Rosyam’ ini saya sudah trademark kan. Kita sudah daftarkan,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai produk tersebut, Rosyam akui sebagai penggemar daging kambing, dia cuba mencari kelainan demi memberikan pengalaman hidangan terbaik buat pelanggan.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai apa kelebihannya. Akan tetapi kita mempunyai semua sijil yang diperlukan oleh pasaran dalam dan luar negara, sekaligus menjamin akan kualiti dan cara penyediaannya.
“Kita boleh jamin daging kambing yang ‘juicy’ dan harga berpatutan. Selain itu, Korean Sos yang dihasilkan juga ialah yang pertama seumpamanya di negara ini.
“Sebab sekarang ‘demam’ kpop dan karya Korea Selatan, jadi saya terfikir mengapa tidak untuk menghidangkan sesuatu yang pasti digemari ramai orang.
“Kita juga melihat kepada trend dan insya-Allah selepas ini pelbagai produk makanan lain akan dikeluarkan daripada semasa ke semasa.
“Untuk bulan pertama pengeluarannya ini, kita sasarkan sekitar 30,000 paket dapat dijual minimum dan saya percaya, kuantiti ini akan bertambah memandangkan sekarang Ramadan.
“Jadi permintaan itu mungkin bertambah dan alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Siapa tahu jika ada rezeki, ia boleh cecah sehingga sejuta paket dalam tempoh sebulan?,” katanya lagi.
Sebungkus Rosyam Kambing Perap adalah seberat 600gm dan terdapat tiga keping kambing perap yang dijual pada harga RM43.90.
Namun istimewa ramadan ini Rosyam Kambing Perap ini dijual pada harga RM39.90 sahaja dan romosi ini sah dari 1 Mac hingga 9 April 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI