Sedia maklum, aktor terkenal Datuk Rosyam Nor telah pun membina empayar perniagaannya dengan mengusahakan rangkaian pasar raya yang dinamakan ST Rosyam Mart.
Setelah lima tahun beroperasi menerusi pembukaan tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang, kini ST Rosyam Mart tampil menawarkan hadiah dalam bentuk baucar tunai bernilai RM100,00 kepada pelanggan bertuah.
“Syaratnya mudah saja, pelanggan harus menjadi ahli dengan mendaftar menggunakan aplikasi ST Card.
“Kemudian, berbelanja di pasar raya ST Rosyam Mart dengan nilai minimum RM200 sebulan dan selepas itu, anda layak menyertai peraduan ini.
“Namun diingatkan, pembelian barang-barang subsidi kerajaan seperti beras, minyak masak dan seangkatan dengannya tidak diterima,” katanya.
Menerusi kenyataan media sama, peraduan tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini hingga Disember.
Senarai nama pelanggan yang telah dipilih selaku pemenang bulanan akan diumumkan di sosial media rasmi ST Rosyam Mart dan ST Food Mart.
Sementara itu, hadiah baucar tunai yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pemenang utama dan pemenang saguhati pada setiap bulan.
Justeru, pihak ST Rosyam Mart mengalu-alukan penyertaan orang ramai terutama daripada para pelanggan setia mereka, sekali gus merebut tawaran menangi baucar tunai dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.
Untuk informasi lanjut mengenai peraduan yang ditawarkan, pelanggan boleh ikuti laman sosial rasmi mereka di semua platform sedia ada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini