“Roti Canai Ni Lah Yang Abah Jual Untuk Membesarkan Kami…”- Siti Sarah Kongsi Cerita Fasa Ekonomi Gawat 1997

Share

Penyanyi, Siti Sarah ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Sarah kelihatan sedang mengajar cara-cara untuk membuat hidangan roti canai.

Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin ini turut berkongsi cerita yang pernah dilalui ya dirinya sekeluarga ketika berlakunya kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1997.

“Masa gawat 1997 dulu , abah antara org yg kehilangan kerja .. untuk besarkan kami anak beranak , Roti canai ni lah yg abah jual untuk membesarkan kami ..,” tulisnya.

Malah, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh penyanyi berusia 35 tahun ini.

Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Shuib pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Video: Instagram Siti Sarah

Published by
Nazar Rafiqhi