Rozita Che Wan, Ziela Jalil Antara Yang Hadir Ke Majlis Akikah Anak Azrinaz Mazhar Hakim Yang Mega!

Share

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah mengadakan majlis akikah puterinya, Areesya Malaykha beberapa hari lalu. 

Lebih menarik, majlis terbabit mendapat perhatian ramai apabila ia diraikan secara meriah atas rasa syukur buat kehadiran permata hati, malah turut tersedia carousel berpusing di tengah-tengah dewan. 

Tampil dengan persalinan sedondon putih, Azrinaz dan suaminya, Fairos Khan mengabadikan kenangan terindah itu dengan menggunakan tanda pagar #areesyamalaykha.

Dalam pada itu, selebriti seperti Dayang Nurfaizah, Datuk Ziela Jalil, Rozita Che Wan dan ramai lagi turut memeriahkan lagi majlis tersebut.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2018 dan dikurniakan seorang anak, Areesya Malaykha pada 19 September lalu.

Malah, ini merupakan perkahwinan kali kedua Azrinaz.

Foto : Instagram Azrinaz Mazhar Hakim, ##areesyamalaykha

Published by
Amynur Akmal