
Penyanyi Nur Nabilah Hashimi atau nama komersialnya, Nana Sheme memuat naik sekeping foto di Instagram yang mencuri perhatian peminat.
Hantaran tersebut dikongsikan penyanyi Hantu Atau Buaya ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
“27th Birthday hits differently!,” tulisnya ringkas.
Susulan kapsyen tersebut, ramai membuat teka-teki mengenai perkara tersebut.
Malah tak kurang juga yang awal-awal menitipkan ucapan tahniah mendakwa dia sudah pun mengikat tali pertunangan.
“Happy birthday and congrats kak nana @nanaasheme,” tulis peminat.
Happy birthday and congratulations na!,” tulis seorang wargamaya.
“Congratsaas @nanaasheme and happyyy birthdayy,” titip lagi peminat yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nana Sheme
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kadang-Kadang Tengok Pakcik Pian Termenung,” – Inspirasi Hari Jumaat, Dayah Bakar Kongsi Kisah Si Tukang Kasut

Tersentuh hati melihat kesungguhan lelaki tua ini mencari rezeki dengan membaiki kasut, Dayah Bakar berkongsi kisah menarik Pakcik Pian.
Tidak pernah putus dengan senyuman, namun kadang kala ada sahaja ujian menimpa. Walau terima berpuluh kasut setiap hari, namun rezeki masih belum ditetapkan untuknya apabila ada pelanggan yang tidak mengambil kembali kasut mereka.
“Assalamualaikum semua , Dayah nak kongsi kisah tentang Pakcik Pian Kasut di hari Jumaat yang berkat ni.
“Pakcik Pian membanting tulang setiap hari dengan baiki kasut , handbag dan tali pinggang. Dayah kenal pakcik Pian dah bertahun , kalau ada kasut rosak atau beg tali putus, Dayah takkan buang . Selagi boleh diselamatkan , Dayah akan minta bantuan Pakcik Pian.
“Tau tak apa yang hebat tentang Pakcik Pian ? Walaupun setiap hari nampak sibuk baiki barangan , berpeluh-peluh panas, tak pernah putus senyuman .
“Kadang2 tengok Pakcik Pian termenung bila kerja dah siap , dan kadang2 bila tengok banyak kasut yang dah siap orang tak ambil2, buat Dayah fikir , kalau orang tak datang ambil , lama lah kasut dekat situ dan tak berbayar .
“Bukan senang dan bukan mahal pun bayaran setiap kali baiki . Sekali repair , adalah dalam RM3-RM5 . Bila tengok Pakcik Pian , buat Dayah rasa Dayah tak boleh mengeluh kalau rasa susah bekerja.
“Kalau kita rasa susah,ada orang lagi susah dari kita . Bukan senang ya nak mencari rezeki . Bersyukurlah , dan ambillah sikap tenang dan tabah Pakcik Pian yang #setulusikhlas mencari rezeki menyara kehidupan keluarga .
“Keihlasan dalam bekerja.Terima kasih Pakcik Pian. Kalau korang ada kisah or cerita tentang apa2 yang berkenaan keikhlasan , share la dan guna hashtag #setulusikhlas okay ? Together we learn something to be a better person .
“P/s : Kasut putih depan tu kasut kahwin Dayah, yang dah tercabut brooch dia. Pakcik Pian dah baiki dah.”
View this post on InstagramA post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
Kadang kala apabila berurusan dengan penjual di tepi jalan atau di pasar, kurangkanlah sikap ‘minta kurang’ kerana berapa sangat keuntungan yang mereka peroleh. Anggap sahaja itu satu sedekah dan amal jariah. Selamat mencuba.
Foto – Instagram Dayah Bakar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Semena-Mena Boleh Menangis,” – Al-Fatihah Siti Sarah, Rasa Rindu Makder Masih Tebal

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi yang kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan milik penyanyi itu mengakui kerinduan terhadap Sarah masih lagi menebal.
Siti Fatimah, 35, atau mesra disapa Makder berkata, perasaan tersebut akan tiba-tiba muncul dalam fikiran.
“Kadang kalau teringat tu, tak semana-mana boleh menangis. Ada ketika bila rasa ‘down’, akan ingatkan dia. Iyalah, semua benda kami lakukan bersama.
“Bukan sahaja sebagai satu keluarga, tapi juga sebagai teman bicara tempat meluahkan apa sahaja.
“Hampir setahun dia tinggalkan kita semua, namun sampai hari ini perasaan rindu itu tidak boleh saya ungkap dengan kata-kata,” katanya.
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu.
Meski reda, Makde bagaimanapun perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama arwah sebelum ini.
“Kalau boleh saya kongsi, pada awal arwah pergi, jualan naik mendadak. Sehingga tudung dan pakaian Muslimah dalam gudang habis terjual.
“Kemudian kami lakukan beberapa strategi promosi lain seperti mengunakan khidmat Anzalna. Sedikit demi sedikit saya juga mulai ke depan untuk sama-sama menaikkan jenama ini.
“Saya percaya kepada proses penjenamaan itu sendiri. Alhamdulillah, progres yang baik dari semasa ke semasa. Ya, kami sedar arwah penggerak utama dalam Loveta dan Ratasya Cosmetics.
“Namun besar harapan dan doa kami agar legasi yang diusahakan Allahyarham akan terus berjalan dengan baik hasil sokongan semua, insya-Allah,” katanya.
Pada masa sama, Makde bertuah kerana mempunyai ‘team’ yang komited dan berdedikasi.
“Sejak dahulu kami tekankan soal kualiti hingga kini mempunyai kelompok peminat sendiri. Kebaikannya disampaikan dari mulut ke mulut.
“Jadi permintaan itu ada dan kami cuba teruskan untuk berikan yang terbaik.
“Suami (bapa Sarah) dan Shuib pun ada kongsi idea juga. Jadi sistem sokongan dari mereka yang terdekat turut sama membantu, syukur,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sama Ketika Terima Tawaran GV8, Saya Tak Menolak,” – Bakal Lancar Lagu Baru, Fazley Yaakob Tak Tolak Peluang Kalau Rezeki Bertanding Di AJL

Impian cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob untuk mengeluarkan single terbaru akhirnya tercapai dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Fazley yang kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas menyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) memberitahu, single tersebut akan dilancarkan Jun ini.
“Sebenarnya, pada awal saya memang tidak merancang untuk kembali menyanyi dan mahu fokus kepada bidang masakan. Tapi, selepas sertai GV8 memang terbuka pintu baru untuk saya kembali menyanyi.
“Dua tahun lepas, saya memang ada keluar sebuah single kerjasama dengan komposer Ajai tapi saya kurang war-warkan sangat fasal lagu berkenaan.
“Lagu ni sebenarnya saya dapat sebelum masuk GV, dan dihasilkan oleh komposer dari Indonesia. Tapi disebabkan PKP, saya tak boleh nak pergi buat rakaman di sana.
“Susunan lagu semua ada dan sepatutnya lagu tu keluar waktu pembukaan restoran saya sekali tergendala. Jadi, lagu tu akan dilancarkan InsyaAllah bulan Jun depan,” katanya.
Penyanyi lagu Asmara Ini turut menjelaskan, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk lagu single terbarunya itu bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
“Sebelum ini, macam saya cakap saya bukan penyanyi pertandingan tapi saya penyanyi rakaman. Saya menyanyi untuk pastikan lagu saya itu dimainkan di radio.
“Tapi dari segi kejuaraan atau pertandingan, saya rasa bukan tempat saya dan tidak layak untuk saya,” katanya.
Bagaimanapun, Fazley berkata dia tidak akan menolak rezeki sekiranya diberi kesempatan dan peluang untuk berentap di pentas angurah tahunan berprestij itu.
“Itu rezeki Allah, saya tidak menolak kalau diberi peluang. Sama juga ketika saya menerima tawaran untuk sertai GV8 sebelum, saya tidak menolak,” luahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazley sekali lagi berkerjasama dengan Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur dan dirinya diundang sebagai cef selebriti jemputan untuk promosi Ramadan akan datang.
Untuk projek kali ini, Fazley bakal menghidangkan menu bertemakan ‘Sajian Nusantara’ yang mengetengahkan pelbagai juadah makanan dari serata negeri di Malaysia.
Hidangan berkonsep bufet ini akan ditawarkan dengan harga RM178 seorang bagi tarikh 6 hingga 12 Mei manakala 13 Mei hingga 4 Jun dengan RM208 setiap orang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI