Uncategorized

Ruangan Komen Uqasha Senrose Diserang Kerana Isu Baju Ketat

Share

Selepas ‘mengedit’ gambar secara keterlaluan hingga menampakkan fizikal tiang pintu dan tingkap turut sama di edit, kini penampilan Uqasha Senrose sekali lagi menjadi mangsa kecaman. 

Kontroversi ini bermula apabila Uqasha memuat naik beberapa foto terbaru di Instagram miliknya menyarung pakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Tak dapat dinafikan pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memang memiliki pesona dan aura yang boleh membuatkan banyak mata tak dapat berhenti melihat kecantikannya.

Namun, pakaian tersebut telah mengundang ribuan komen negatif daripada pengikutnya yang berbaur lucah berhubung busana ketat berkenaan.

Dalam masa sama, Uqasha telah menutup beberapa ruangan komen kerana dikecam.

Terlihat pula hanya satu foto ruang komen tidak ditutup dan netizen membanjiri ruang tersebut untuk meninggalkan komen yang negatif.

Rata-rata antara mereka berpendapat Uqasha berbuat sedemikian kerana hanya ingin publisiti dan mendapatkan perhatian semata-mata.

Namun begitu walaupun dihujani dengan komen negatif, ada juga segelintir pengikut Uqasha yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Sudah menjadi lumrah setiap apa yang dilakukan oleh selebriti akan mendapat perhatian daripada netizen.

Sabar je lah ya, rasanya selepas ini Uqasha perlu berhati-hati dalam memilih pakaian.

Published by
Wani Arifin