Pengacara dan selebriti popular Indonesia, Ruben Onsu mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam dan kini bergelar seorang mualaf.
Berita penuh bermakna itu dikongsikan sendiri oleh Ruben atau nama sebenarnya Ruben Samuel Onsu menerusi satu hantaran di Instagram pada hari pertama Aidilfitri, 31 Mac 2025.
Walaupun tidak berkongsi tarikh sebenar dirinya memeluk agama Islam, pengacara kepada beberapa program hiburan terkenal ini menjelaskan bahawa dia memiliki alasan tersendiri mengapa baru kini mahu berkongsi mengenai penghijrahannya.
“Assalamualaikum. Mungkin ini saatnya saya boleh sampaikan. Maafkan jika baru kini saya kongsi, kerana saya ingin fokus ibadah. Sebagai manusia saya yang tak luput dari salah, dan terus berusaha memperbaiki untuk masa hadapan agar boleh menjadi lebih baik” tulisnya ringkas.
Hijrah bukan kerana masalah
Dalam hantaran tersebut, Ruben turut menjelaskan bahawa keputusan besar itu bukanlah disebabkan oleh masalah rumah tangga mahupun desakan daripada mana-mana pihak.
Ads
“Semua keputusan ini sudah saya fikirkan lama. Tiada kaitan dengan rumah tangga yang pernah saya lalui, dan ini bukan kerana paksaan sesiapa pun,” kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, dia memohon maaf kepada semua andai pernah menyinggung mana-mana pihak, serta berharap agar dirinya mampu kekal istiqamah selepas bergelar mualaf.
Ruben bersama sahabat baiknya yang juga rakan pengacara, Ivan Gunawan, sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kredit foto: IG Ivan Gunawan
Dapat Sokongan Rakan Artis
Menariknya, dalam coretan yang penuh emosi itu, Ruben turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Habib Usman Bin Yahya dan rakan artis, Kartika Putri yang membimbingnya dalam proses memeluk Islam.
Ads
“Terima kasih kepada @habibusmanbinyahya atas bimbingan yang tidak pernah putus serta perhatian yang sentiasa diberikan kepada saya yang masih dalam proses belajar. Jangan penat ya, Bib. Juga kepada @kartikaputriworld yang sentiasa bersikap baik dan tidak pernah jemu memberi semangat,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi dangdut terkenal, Lesti Kejora juga disebut sebagai antara individu penting yang sentiasa berada di sisi Ruben sepanjang proses penghijrahannya.
“Terima kasih untuk @lestikejora yang dari awal tak henti-henti memberi semangat. Pendengar yang baik dan memberi jawapan yang menenangkan tanpa menyakiti orang lain,” kongsinya lagi
Ads
Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat membanjiri posting tersebut dengan ucapan tahniah, doa yang baik-baik, serta harapan agar Ruben terus istiqamah dalam fasa baharu
Imbas kembali, Ruben sebelum ini merupakan penganut agama Kristian dan pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Sarwendah Tan.
Hasil hubungan tersebut merkea memiliki dua orang anak kandung dan seorang anak angkat. Berkahwin pada 2013, namun Ruben dan Sarwendah telah sah bercerai pada 24 September 2024.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal malam tadi, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi mengenai penderitaan yang menimpa seorang wanita yang difahamkan menjadi mangsa ragut.
Menerusi posting yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Fedtri membayangkan memang ‘payah’ jika dalam diri ada ‘kebahagiaan’ dalam mencuri.
“Ibu dan anak yang cedera ( patah bahu ) setelah bergelut dengan peragut. Si ibu sanggup mengejar peragut tetapi terbabas dan mengalami luka-luka.
“Memang payah kalau dalam diri ada ‘kebahagiaan’ mencuri. Ada yang mengambil hak orang lain secara keras dan ada pula yang ‘kreatif’ dalam diam. Harta curi mana nak berkat. Ia akan datang semula kepada pelaku dalam bentuk musibah yang tak terduga…,” tulisnya.
Lalu perkongsian tersebut mendapat perhatian peminat, termasuk seorang individu yang menyatakan mangsa merupakan makciknya.
Selepas dua jam meninggalkan komen berkenaan, Fedtri dilihat turut membalas komen individu yang menggunakan akaun @sha_abdllh itu dengan bertanyakan nombor akaun, selepas ibu malang itu dikatakan kehilangan beratus-ratus ringgit selepas diragut.
Posting tersebut juga meninggalkan reaksi pelbagai netizen. Malah ada yang memberi pesan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati terutamanya apabila melakui lokasi sunyi.
Foto: Instagram Ahmad Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp telah memuat sekeping gambar bersama seorang pelakon, Ainul Aishah di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, di ruangan kapsyen gambar tersebut Nourul telah memuji artis genarasi muda seperti bintang sawo matang itu yang pandai menghormati orang lain.
“Cantik sungguh budak ni @ainulaishah. Bukan saja cantik, berbudi bahasa. Dari mula sekali dulu jumpa, now still the same. .”
“Alhamdulillah. We need more younger generations yang lebih polite macam ainul aisyah ni .”
“Kita faham tak semua orang kenal kita especially kalau depa baru 16-17-18 tahun. Mana lah nak kenai kami. But bila dah jadi selebriti, muka kena maneh. Kena tau senyum dan say hello to everyone. Tak kira sapa .”
“Kami dulu mula jadi artis, itu lah yang kami belajaq dulu dari pr atau manager kami. .Zaman berubah kot no. Where impolite is style .”
“I love these three younger generations (compare to mine) @izaraaishahofficial and also @sallywho @kilafairyofficial yang paling pandai hormati orang. Sama denagn @ainulaishah .You are young and dangerous but still don’t forget who you are. That’s awesome! #politeisnoone #smile #celebrity”tulisnya.
Di samping itu, penyanyi yang berusia 41 tahun itu turut juga memuji artis dari genarasi muda yang lain seperti Izara Aishah, Siti Saleha dan Kilafairy.
Lalu, di ruangan komen pada gambar tersebut telah dibalas oleh Ainul dan Kilafairy.
Foto : Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dan hormat terhadap pengorbanan dilakukan oleh ibunya yang sanggup membesarkan enam orang anak tanpa insan bergelar suami di sisi.
Menerusi entri di Instagram, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berharap agar suaminya, Zain Saidin dapat setia dan sentiasa berada di sisinya walau apa pun terjadi.
“Arwah daddy meninggal masa tu umuq mak 35 thn..anak 6 org, umuq adik paling bongsu baqu 50 haqi , mak tak gaduh pun nk menikah lain , sebab mak setia.. haqap2 anak mak ni pun setia @zainsaidin,” tulisnya.
Sebagai rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...