Berita

Ruhainies Mohon Maaf Atas Apa Yang Terjadi, Akui Ada Beberapa Kenyataan Kurang Tepat Telah Tersebar.

Share

Ruhainies akhirnya tampil bersuara berhubung isu ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Selepas mengambil langkah berdiam diri, Ruhainies memohon maaf atas apa yang berlaku namun ada perkara yang tidak tepat mengenai kejadian yang sedang hangat diperkatakan itu.

Malah, aktres itu juga berharap semua spekulasi berkaitan dihentikan dan dia akan memberi penjelasan apabila sudah bersedia kelak.

“Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform sosial media, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan kurang tepat telah tersebar.

“Walaubagaimanapun saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi.

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan daripada kekeliruan dan salah faham. Insya-Allah,” katanya.

Pada kejadian itu, Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2.00 petang Sabtu.

Kedua-dua mereka dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Syariah atas dakwaan khalwat pada tarikh yang akan ditetapkan.

Sebelum ini, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat adalah abang iparnya.

Didi bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada isteri Aliff iaitu Bella Astillah sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi atas dakwaan berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH