
Pelakon Ruhainies nyata memberikan komitmen baik apabila dilihat kembali bekerja apabila telah pun menjalani penggambaran untuk sebuah acara festival sempena Aidilfitri tahun ini.
Kekal tenang, Ruhainies, 32, turut menjawab pertanyaan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut menjalani penggambaran sama.
Aliff bertanya mengenai sumber kekuatannya dan Ruhainies menjelaskan, dia komited dalam hal kerja dan tahu akan kebenaran yang berlaku.
“Satu, sebab kerja. Saya sangat komited kepada kerja. Kedua, bila kita di pihak yang benar, mestilah kita tak takut. Jadi, berani kerana benar,” katanya ringkas.
Dalam klip video sama, Ruhainies juga nampak tenang meski namanya terpalit kontroversi apabila didakwa melakukan khalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, menerusi laporan media, Ruhainies menafikan hubungan istimewa yang wujud di antaranya dengan Aliff, sebaliknya mereka hanya sebagai rakan yang mengenali sejak lebih 10 tahun lalu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jenazah Bapa Ezad Lazim Selamat Dikebumikan, Mohon Ampun Maaf Bagi Pihak Arwah

Bapa kepada penyanyi, Ezad Lazim iaitu Mohamad Lazim Ismail telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, Ezad kini menarik nafas lega apabila proses pengebumian berjalan lancar dengan bantuan ahli keluarga dan jiran tetangga.
Malah, penyanyi lagu Jesnita ini juga berterima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesejahteraan untuk arwah bapanya.
“Assalamualaikum. Selesai sudah segala urusan pengebumian arwah ABAH LAZIM di Tanah Perkuburan Islam Taman UDA, Alor Setar.
“Terima kasih kepada sahabat2, kenalan2, saudara mara yg mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan untuk roh ABAH.
“Terima kasih kepada semua yang sudi datang dari jauh dekat untuk ziarah arwah ABAH walaupun kekangan kerja dan sebagainya.
“Terima kasih jugak kepada jiran2 yg membantu memudahkan segala urusan famili kami,” tulisnya.
Pada masa sama, Ezad turut mewakili arwah bapa, memohon maaf bagi pihaknya andai ada salah silap.
“Akhir kata, sebagai anak kepada Allahyarham MOHAMAD LAZIM BIN ISMAIL kami memohon jutaan maaf bagi pihak arwah ABAH jika ada salah silap selama arwah hidup.
“Sekiranya arwah ABAH ada berhutang, terhutang, atau hutang2 yang tuan puan belum tuntut dari arwah, boleh berhubung terus dgn kami adik beradik. Halalkan makan minum ABAH kepada yang mengenali beliau.
“Teruskan berDOA untuk arwah ABAH LAZIM dan orang2 yang telah meninggalkan kita pergi menghadap ILAHI selamanya. Terima kasih,” tulis Ezad sambil disertakan foto pusara arwah bapanya.
View this post on InstagramA post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on
Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia jam 7:25 malam pada Selasa lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman UDA, Alor Setar awal pagi tadi.
Ezad sebelum ini berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagramnya dan menerima ucapan takziah, termasuk daripada rakan artis.
View this post on InstagramA post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on
Foto : Instagram Ezad Lazim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perbodohkan Pelancong, Pemandu Grab Dikecam Netizen

Kebelakangan ini ada sahaja cerita yang kurang enak kita dengar mengenai pemandu grab mahupun uber.
Kali ini ada lagi cerita yang kurang enak berlaku apabila seorang pemandu Grab telah dikecam netizen apabila dia telah memperbodohkan pelancong daripada China yang menaiki keretanya.
Kejadian ini tular setelah video lelaki tersebut tersebar di media sosial dan ia menjadi hangat apabila lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak difahami oleh pelancong dari China tersebut.
Pelancong yang tidak memahami setiap maksud percakapan pemandu lelaki tersebut hanya tersenyum kerana menyangkakan pemandu lelaki tersebut melayan mereka dengan percakapan yang mesra malah mereka juga turut melambai sambil memberikan senyuman kepada kamera apabila lelaki tersebut menyuruh mereka untuk melambai.
Sungguh tidak sopan ayat-ayat yang keluar daripada mulut pemandu lelaki tersebut. Seharusnya kita perlu menunjukkan adab yang sopan kerana itu adalah nilai-nilai yang telah diterapkan kepada seluruh rakyat Malaysia semenjak dari kecil lagi.
Video yang tersebar ini telah pun mendapat komen-komen daripada netizen yang meluahkan rasa marah mereka terhadap pemandu tersebut.
Zaini Hamid: Dia lebih teruk daripada binatang. Memalukan bangsa. Tidak kelakar dan dia sepatutnya menerima tindakan diatas perbuatan yang dilakukan ini.
Rosmawati Ismail: Ini nama dia kurang didikan daripada mak bapak dia. Apa ingat lawak ke buat macam itu. Macam sampah dan betul-betul memalukan bangsa.
Johar Bin Sanudin: Teruk benar akhlak budak ini. Ada tiga benda dia khianati yang pertama maruah negara, kedua maruah bangsa dan ketiga yang paling penting tercemarnya syiar islam.
Diharapkan kejadian yang berlaku ini akan menjadi iktibar buat pemandu lelaki tersebut agar menjaga setiap percakapannya selepas ini dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh memburukkan diri sendiri.
Sumber: Friends of BN – Barisan Nasional
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masjidil Haram ‘Lengang’ Akibat Pembersihan COVID-19… DS Siti Nurhaliza, Yatt Hamzah Beri Reaksi

Keadaan di Masjidil Haram kelihatan lengang sejak semalam bagi menjalankan sterilisasi berikutan kebimbangan terhadap COVID-19.
Malah, ia merupakan kali pertama penutupan itu berlaku dengan penggantungan sementara ibadah umrah.
Sekali gus ia telah menimbulkan kebimbingan orang ramai termasuk para selebriti.
Antara selebriti yang terkesan diatas kes tersebut seperti Yatt Hamzah, DS Siti Nurhaliza, Haziq, Shamsul Ghau Ghau, PU Amin dan Sasha Saidin.
1. Datuk Seri Siti Nuhaliza
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
2. Yatt Hamzah
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
3. Haziq HotFm
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
4. Shamsul GhauGhau
View this post on InstagramA post shared by Shamsul Ghau Ghau (@paksu_shamsul_ghaughau) on
5.Sasha Saidin
View this post on InstagramA post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on
Difahamkan,selain Masjidil Haram, Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup selama satu jam selepas solat isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat subuh bagi membolehkan pelaksanaan kerja pembersihan serta sterilisasi.
Kerja-kerja pembersihan giat dilakukan bagi menggosok dan mengelap jubin di sekitar Kaabah.
Foto:Instagram Selebriti, Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI