Pelakon Risteena memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan adiknya, Ruhainies bersama artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata dia setakat ini tidak terganggu apabila turut menerima tempias dikritik netizen susulan ibu hangat berkenaan.

Baginya, ia antara asam garam yang perlu dilalui sebagai anak seni.

“Sejujurnya sedikit pun saya tidak rasa terganggu apabila diserang atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang. Sebab saya faham kehidupan sebagai seorang public figure akan sentiasa berhadapan dengan situasi sekarang, katanya, lapor OhBulan!

Berkongsi mengenai perkembangan Ruhainies Risteena menjelaskan adiknya itu berada dalam keadaan baik dan tenang selain mereka sekeluarga turut menjalani kehidupan seperti biasa.

Ads

“Ruhainies sangat okay sekarang dan sangat tenang. Kami menjalani kehidupan seharian kami macam biasa saja. Saya tidak pernah peduli dengan apa yang dikatakan kerana saya lebih mengetahui kejadian yang sebenar yang berlaku.

“Cuma lebih baik saya serahkan pada Ruhainies dan Alif yang menceritakan sebab diorang lebih layak dalam kes ini,” katanya lagi.

“Ruhainies Sangat Okay Sekarang & Tenang,” – Risteena Kongsi Perkembangan Adik, Buka Mulut Isu Hangat “Ruhainies Sangat Okay Sekarang & Tenang,” – Risteena Kongsi Perkembangan Adik, Buka Mulut Isu Hangat “Ruhainies Sangat Okay Sekarang & Tenang,” – Risteena Kongsi Perkembangan Adik, Buka Mulut Isu Hangat

Ads

Dalam pada itu, Risteena juga meminta ramai supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang spekulasi yang berbaur fitnah kerana tindakan boleh diambil kepada mereka yang terlibat.

“Cuma netizen perlu berhati hati dalm berkata kata, sebab selepas kes ni selesai, sekiranya ada fitnah dari netizen, akan diambil tindakan pada diorang. Pihak Ruhainies telah pun screenshot semua fitnah yang dilemparkan buat masa sekarang,” katanya.

Ads

Terdahulu pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap kerana dipercayai  bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu ialah abang iparnya, Aliff dan Ruhainiesx

Bagaimanapun, kedua mereka dilaporan sudah dengan jaminan sementara kira-kira jam 2.00 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI