Eh, bukan artis je boleh glow up tau, rumah pun boleh Glow Up! Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, Astro Rewards tampil dengan satu kempen yang memang lain daripada yang lain iaitu Dekorasi Raya Borak Seeni.

Kempen ini  menawarkan hadiah dekorasi rumah bernilai RM57,000! Haa… bukan main-main tu. Bukan setakat tukar langsir atau bantal baru, tapi anda akan menerima pelbagai produk hiasan dalaman yang akan membuatkan ruang tamu anda nampak macam set drama raya TV!

Rumah Cantik, Tetamu Pun Terpegun!

Cuba bayangkan waktu tetamu datang beraya, mereka disambut dengan sofa empuk yang baru, wing chair eksklusif ala selebriti dan bangku storan bergaya moden yang bukan sahaja praktikal, tapi confirm Instagrammable!

Ads

Kesemua hiasan dalaman yang akan menyerikan rumah anda bakal mendapat sentuhan jenama hebat Fella Design.

Tak perlu tunggu produksi TV datang makeover rumah, anda sendiri boleh jadi bintang utama dengan ruang rumah yang bakal ditransformasikan menjadi mewah menggunakan pelbagai produk yang dimenangi!

Rumah ‘Glow Up’ Ala Selebriti, Menang Dekorasi Raya Bernilai RM57,000!

Ads

Cara Nak Menang

Nak menang hadiah eksklusif ni memang semudah ABC. Ikut je langkah ni:

  1. Muat turun aplikasi My Astro App (MAA)
  2. Klik pada banner “Dekorasi Raya Borak Seeni”
  3. Tekan butang ‘Redeem’ dan lengkapkan maklumat peribadi
  4. Done! Anda automatik tersenarai sebagai peserta

Senang kan? Tak perlu buat video review, tak perlu hantar gambar rumah pun! Kalau anda bertuah, pihak Astro akan hubungi secara terus dan umumkan pemenang menerusi aplikasi My Astro App.

Ads

Jadi, tunggu apa lagi? Kempen Dekorasi Raya Borak Seeni ni bermula dari 4 Mac hingga 30 Mac 2025. Jangan lepaskan peluang eksklusif ni untuk jadikan rumah anda lebih elegan, lebih selesa, dan paling penting – lebih menyerlah masa Raya nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari My Astro App atau klik pautan berikut: myastro.page.link/borakseeni

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI