Uncategorized

Rumah Hilary Duff Dimasuki Perompak

Share

Baru-baru ini, rumah aktres Hollywood yang terkenal melalui sitkom Lizzie McGuire, Hilary Duff telah dimasuki perompak ketika dia sedang bercuti bersama anaknya di Kanada.

Kejadian yang berlaku ketika ketiadaannya di rumah itu diberitahu oleh pembantu rumahnya sendiri.

Menurut sumber, dikatakan perompak tersebut telah memecah masuk rumahnya dengan memecahkan pintu dan kejadian rompakan itu menyebabkan barang bernilai seperti barang kemasnya yang berharga ribuan dolar dilarikan.

Namun, Hilary bersyukur kerana seluruh ahli keluarganya mahupun haiwan peliharaannya selamat.

Pelakon dan ibu kepada seorang anak ini juga mengharapkan pihak polis dapat menangkap penjenayah yang memecah masuk rumahnya.

Sedikit info tentang Hilary atau nama sebenarnya Hilary Erhard Duff, dia dilahirkan pada 28 September 1987.

Selain daripada menjadi seorang pelakon, Hilary juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu.

Nama Hilary mula dikenali dan meningkat naik selepas lakonannya dalam sitkom bersiri Lizzie McGuire terbitan Disney mendapat perhatian daripada penonton.

Bercerita pula soal kehidupan peribadinya, Hilary telah berkahwin pada tahun 2010 bersama Mike Comrie dan hasil daripada perkahwinan mereka ini, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Luca.

Namun jodoh mereka ditakdirkan tidak panjang apabila mereka berdua bersepakat untuk berpisah selepas empat tahun berkahwin.

Sumber: Daily Mail & Showbiz

Published by
Izzati Ramli