Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello mendedahkan dirinya berasa amat bertuah selepas berkesempatan untuk turut sama menyempurnakan pengebumian jenazah sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Menurut Aidid, perasaan menguruskan jenazah di Tanah Suci sememangnya amat berbeza jika ingin dibandingkan dengan tempat-tempat lain.

“Rumah Terakhir Yang Diidamkan Semua,” – Urus Jenazah Di Tanah Suci, Perkongsian Aidid Marcello Bikin Ramai Tersentuh

Lantaran itu, dia memang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keberkatan ketika melaksanakan ibadah fardu kifayah itu.

“Kalau ada kesempatan untuk saya sertai proses perkebumian jenazah ni, memang saya tak lepaskan sebab feel dia memang lain.

“Kali ni Allah bagi rezeki dekat saya lihat sendiri jenazah bertuah yang disempurnakan di perkuburan Al-Baqi’, MasyaAllah. Antara lokasi rumah terakhir yang diidamkan semua.

Ads

“Korang ada pengalaman urusan jenazah yang menginsafkan? Jom share untuk kebaikan bersama,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Rumah Terakhir Yang Diidamkan Semua,” – Urus Jenazah Di Tanah Suci, Perkongsian Aidid Marcello Bikin Ramai Tersentuh

“Rumah Terakhir Yang Diidamkan Semua,” – Urus Jenazah Di Tanah Suci, Perkongsian Aidid Marcello Bikin Ramai TersentuhVideo berdurasi hampir satu minit itu memaparkan perjalanan Aidid sewaktu mengusung jenazah sehingga dikebumikan di liang lahat.

Ads

Katanya lagi, dikebumikan di tanah suci sememangnya menjadi impian buat para umat Islam.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut berharap agar mereka juga dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci satu hari nanti.

“Saya tengok semua story umrah encik Aidid. Rasa sebak. Doakan saya dapat ke sana satu hari nanti.

“Subhanallah bertuahnya anda.

Ads

“MasyaAllah semoga ade rezeki untuk sampai ke tanah suci.

“Insan-insan yang terpilih. Semoga pusara terakhir dekat sini juga Insyaallah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Rumah Terakhir Yang Diidamkan Semua,” – Urus Jenazah Di Tanah Suci, Perkongsian Aidid Marcello Bikin Ramai Tersentuh “Rumah Terakhir Yang Diidamkan Semua,” – Urus Jenazah Di Tanah Suci, Perkongsian Aidid Marcello Bikin Ramai Tersentuh

Terdahulu, Aidid kini sedang menjalani ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Aidid Marcelo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI