Perancis kini menduduki tangga kelima kes jangkitan Covid-19 tertinggi dunia dengan 92,839 mangsa positif dan 8,078 jumlah kematian.
Disebabkan jumlah kematian mendadak di negara berkenaan, Rungis Market yang merupakan pasar borong makanan terbesar di dunia kini difahamkan kink bertukar menjadi ‘rumah mayat’.
“Dulu RUNGIS MARKET ni mmg penuh mcm2 brg kperluan ada! Ya laa.. Pasar borong MAKANAN TERBESAR DI DUNIA!! .
“Hari ini kali kedua RUNGIS MARKET PARIS bertukar kepada RUMAH MAYAT sementara susulan peningkatan jumlah kematian di Perancis akibat Covid-19.
“Swipe left tgk perubahannya. #JustStayAtHome #PlsStayAtHome,” kongsi Iesya Toh di laman Instgaram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
Menurut BBC, pasar borong itu telah menempatkan lebih 1000 mayat mangsa Covid-19 di sebuah bahagian tertentu, walau bagaimanapun Rungis Market masih beroperasi menjual daging, ikan dan sayuran seperti biasa.
Foto : Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boy or Girl?,” – Kongsi Momen Baby Shower Di Australia, Peminat Tak Sabar Tunggu Bayi Sulung Aiman-Zahirah!
Sedang menanti detik kelahiran permata hati sulung, pasangan selebriti, Zahirah MacWilson, 25 dan suaminya Aiman Hakim Ridza, 31, ada berkongsikan momen sekitar majlis baby shower khas buat tatapan peminat.
Berkongsikan kenangan indah itu di Instagram masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini kini mengisi masa di Perth, Australia bayi menyambut kelahiran anak sulung.
Diraikan oleh ahli keluarga dalam sederhana tetapi meriah, majlis turut dilangsungkan dalam tema kuning dan jingga cair.
“Oh, Baby. Thank you to everyone for making our baby shower a day to remember,” tulis bintang filem Bulan dan Pria Terhebat ini ringkas.
Malah momen sama turut dikongsikan ibu Zahirah, Maslinda Yusuff menerusi platform sama.
Sementara itu pada ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut tidak lepas peluang untuk saling berteka-teki mengenai jantina anak sulung pasangan.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar urusan bersalin buat bakal ibu dipermudahkan kelak.
Terdahulu bulan lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan.
Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya, Selangor.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masjid Terbesar Di Dunia Selepas Masjidil Haram Ini, Kini Bertukar Menjadi Cathedral,” – Cerita Imam Muda Asyraf Buat Netizen Sebak
Imam Muda Ashraf ada meluahkan kesedihan apabila berkongsi kisah Masjid Cordoba iaitu masjid terbesar di dunia selepas Masjidil Haram yang kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba.
Jelasnya, kejatuhan masjid ini ke tangan pihak gereja adalah antara lambang kejatuhan kegemilangan 800 tahun kerajaan Islam Andalus, lama dahulu.
“Masjid yg suatu ketika dulu merupakan masjid terbesar di dunia selepas Masjidil Haram ini, kini bertukar menjadi Cathedral.
“Basahnya hujan mengiringi air mata yang terjurai mengenang kejatuhan kegemilangan 800 tahun Kerajaan Islam Andalus,” tulisnya.
Ulasnya lagi, masjid ini pernah menjadi pusat tamadun ilmu ketika zaman kegelapan Eropah.
“Masjid Cordova ini bagaikan bunga yang menerangi di tengah kegelapan Eropah.
“Ketika hampir 400,000 manusia seluruh dunia keluar masuk menuju hampir 75 perpustakaan sekitar kota ini utk menggali tamadun Ilmu disini. Sedangkan Eropah sedang bergelap tanpa lampu menerangi.
“Sungguh perkataan yang pedih didengari sewaktu melangkah masuk kedalam Masjid Cordova ini ialah "Anda tak perlu membuka kasut untuk memasuki bangunan ini",” katanya.
Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787.
Pada tahun 1994, masjid terbabit telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia.
Foto : Instagram Imam Muda Asyraf
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Marah,Tenangkan Balik…,”- Usah Jadi Perosak Anak, Peluk Cium Jadi Penguat Kasih Sayang Johan & Anak-Anak
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn antara pasangan yang amat tegas dalam mendidik anak-anaknnya.
Kisahnya, apabila anak-anak Jozlynn (Johan dan Ozlynn) bersifat nakal,lalu dimarahi Johan.
Bagaimanapun, Johan telah memeluk lima orang anaknya iaitu Ariq,Sodiq, Haziq,Chantik dan Moleiq selepas memberi ‘ceramah’ kepada mereka.
“Lepas maghrib.. selalunya kalau boleh papa akan luangkan masa utk sama2 dgn anak2 berbual, luah perasaan, nasihat.. dan pasti ending dia linangan air mata.. baik dr yg sulung smp la yg no 4… yg bongsu x paham pape lg so dia selamat..?..
“Papa lepas bg ceramah mesti amik ati anak2 balik.. haishhh dia pandai main jiwa n beli jiwa anak2.. sb tu anak2 lebih rapat dgn dia.. aku?? Slalu jadi tukang bakor line..
“Papa dorg tgh ? kdg bila geram kita tambah minyak tanah.. bagi api tu besor sikit.. bila bebdk takut baru sikit.. sikit.. kita jirus air kat papa dorg.. tp kdg papa dorg tgh membara tu cepat2 minum air.. bkn apa.. risau mama dorg plak yg telan minyak tanah??,” tulis ibu kepada lima orang cahaya mata.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Dalam pada itu, Ozlynn turut memberi nasihat agar ibu bapa seharusnya bersifat lembut terhadap anak-anak.
“Hidup nih kita kena flexible..xleh nak hamok anak jek.. ada masa kita kena berbicara secara tenang.. biar byk kali terangkan.. jgn rungut kalau anak masih sama.. atau kejap je berubah pastu buat balik.. normal weh.. nama pon bdk.. kalau yg tua pon x paham bahasa..
“So as a mother kena doakan yg baik2.. ngamok.. xpe.. tp ada had dan masa nya.. kalau mak naik hantu.. bapaknya kena tenang.. tgk kalau mak dh mcm kena sampok hantu tibai anak.. pelan2 tarik mak ke tepi.. tenangkan.. begitu lah sebaliknya..
“Jgn jd perosak anak.. bila mak tgh marah.. kat blkg bapak plak ckp.. haaa xmo kwn mama yekkk.. mama marah adik ye td.. wehhh tu rosakkan anak!!! Plsss ye.. jgn buat mcm tu..
“Lepas marah atau tegur anak.. pastikan kita tenangkan balik keadaan yg tegang td.. bgtau anak2.. kenapa kita marah.. mulakan dgn kata2 semangat.. kata2 yg penuh kasih syg.. tarik dan beli jiwa anak kembali.. dgn berhemah.. bkn “ berkhemah bersama si nopal yek..” beri kata semangat pada anak.. bkn spoilkan..
“So ending dia.. papa belanja g main kat wangsa walk..
“Video paling last tu maid aku.. hmm dia nih pon satu hal.. nak kata bdk 30thn dh.. haaa tu la dia.. nak marah pon x boleh.. badut dan peneman aku tatkala somi aku xde.. ? so buat mak bapak di luar sana.. plsss jgn spoilkan anak2.. smp kesalahan dia buat tidak ditegur.. syang anak di tangan2kan.. syang isteri di kiss2 kan??? #libastetaplibas,” tulis Ozlyn panjang lebar.
Video : IG Johan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI