Penyanyi Siti Sarah menegaskan bahawa individu yang mahu menjadi seorang artis bukan tertumpu pada rupa dan bakat semata, sebaliknya perlu memiliki sesuatu yang luar biasa.
Menerusi perkongsian penyanyi lagu Semakin itu, Sarah amat menitik beratkan mengenai Xfactor yang ada pada diri setiap individu.
“Kalau tanya saya antara rupa dan bakat mana lebih penting ?? Saya akan kata Xfactor .. ‘kenapa? sebab X factor ni tak semua org ada … rupa boleh di touch up … Bakat boleh digilap .. Xfactor its a GIFT !!
Ads
“Tak boleh dapat kat mana2 .. Pernah tak tengok org berlakon muka cantik, belakon pun pandai…. tapi macam ada kekosongan disitu .. kenapa?
“Ok lagi satu contoh , ada org yg bersuara sama seperti artis A , kadang wajah dia lebih cantik atau kacak dari artis A …tapi kenapa dia tak boleh jadi setaraf dengan artis A..?sebab maybe X factor tidak ada.. wallahualam, tulis Sarah.
Kesemua 12 peserta program realiti Big Stage musim kelima sudah diperkenalkan dan masing-masing mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama saingan, malam Ahad.
Selain peserta, hos dan juri, turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utamanya iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pasangan pelakon terkenal, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Sekaligus, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka sebagai artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage 2023.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.
Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.
“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas.
“Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya lagi.
Bertemakan Manifesto, kesemua 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad, malam tadi.
Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita penahanan Mamat Exist di Johor Bahru nampaknya telah mendapat reaksi penganjur Konsert Exists Reunion di mana ia akan berlangsung pada 28 September di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.
Menurut kenyataan Shiraz Projects, berita ini amat mengejutkan dan menyedihkan. Namun, jelasnya sehingga ke saat ini konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan isu tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, Mamat Exists ditahan polis di Taman Perling, Johor semalam dan difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Memetik Kosmo, vokalis Exists ini dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga mendapati suspek positif.
Foto : Kosmo dan Shiraz Projects
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menggalas tanggungjawab dan amanah yang cukup besar apabila membawa seorang mualaf dalam rumah tangga sebagai isteri tercinta.
Mengakui ramai yang mengagumi kerana berjaya menambat hati seorang saudara baru, namun bagi hos, Nazrudin Habibur Rahman, cabarannya cukup hebat.
Silap langkah, dia sendiri akan turut sama hanyut.
Katanya ketika pada peringkat awal, dia menggunakan pendekatan yang agak tegas sehingga menyebabkan isteri, Sheahnee Iman Lee sering berjauh hati.
Tegas Naz lagi, dia mahu isteri mengalun ayat suci al-Quran dengan sempurna namun sukar kerana memandangkan lidahnya agak pelat.
Menyedari ada sedikit kesilapan dalam soal mendidik si isteri, akhirnya dia mulai menggunakan pendekatan yang lebih lembut, iaitu mengajar sambil bergurau senda. Setakat ini, ia berkesan.
“Dalam kita berdakwah, kita tak boleh terlalu tegas, dalam keadaan amarah, beri tarbiah sentap kerana ia membuatkan mereka berjauh hati. Dan saya nak masyarakat tahu, impian terbesar muallaf adalah ibu, ayah dan keluarga dia masuk Islam.
“Macam mana kita nak ubah jika setiap apa yang keluar daripada mulut kita adalah kata-kata kesat dan tidak membina. Itu bukan dakwah.
“Macam isteri saya, lagi saya keras lagi dia menjauh. Seperti contoh, dia lemah dalam tafsir kerana dia pelat. Mula-mula saya tegas mahu dia menyebut dengan betul namun isteri jadi kecewa dan semakin jauh hati. Saya ubah pendirian dan cuba tidak lemahkan semangat dia.
“Bila kita bawa seorang mualaf, cabarannya memang hebat. Orang kata untunglah, tapi tidak sekali-kali senang. Memang susah tapi sangat senang untuk hanyut.
“Bila kita bawa orang lain ni, tanggungjawab dua kali ganda. Saya nak bawa pendekatan falsafah berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Bukan senang nak capai kata sepakat,” katanya kepada MH.
Mengimbau kembali perkenalan bersama isteri pula, pengacara popular ini tertarik mahu mengenali Sheahnee apabila wanita itu belajar mengenali Islam.
Kongsinya lagi, kadang kala agak sukar memandangkan seorang mualaf akan mempersoalkan segala yang berlaku di sekeliling mereka.
“Saya tertarik dengan dia kerana dia belajar fasal Islam. Saya tertanya-tanya diri, bolehkah saya galas tanggungjawab itu. Kita mula bercakap pun mengenai Islam. Saya pula bukan jenis yang berserban dan berjubah yang mulutnya sentiasa berzikir.
“Kita kena berdakwah melalui budi pekerti dan adab, sunnah dan cara hidup. Mualaf akan sentiasa persoalkan semua perkara yang kita lakukan.
“Bila membawa seorang masuk Islam, secara tidak langsung saya juga belajar untuk menjadi muslim yang lebih baik,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi tips mendidik anak-anak. Bintang berusia 40 tahun ini menambah, jangan sesekali membiarkan anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai kawan. Mereka harus belajar batas dan hormat.
“Dengan anak-anak, saya tak layan mereka seperti kanak-kanak. Kita selalu berdiskusi dan berdemokrasi. Namun mereka tidak sekali-kali kawan saya. Mereka sedar saya abah dan Sheahnee adalah ibu. Saya ambil pendekatan ayah saya dahulu, namun buang cara yang kasar.
“Memang sangat sukar sebab keletah anak-anak memang menguji. Penyelesaian bukan dengan kekerasan, kelembutan dalam mengatasi segalanya.”
Tambahnya lagi, anak-anak tidak hanya belajar daripada yang diberitahu, namun mereka memerhati setiap apa yang kita lakukan dan katakan.
“Bila anak dah besar dan kita lihat bagaimana dia marah adik dia seperti yang kita lakukan, baru kita sedar, setiap apa yang kita lakukan mereka belajar. Mereka belajar bukan daripada kata-kata, namun melalui telinga dan mata.
“Jangan sesekali tunjukkan contoh tidak baik walaupun tiada siapa yang lihat. Anak-anak akan belajar bahawa mereka boleh buat salah sekiranya tiada orang di sekeliling. Seperti contoh, langgar lampu isyarat sewaktu tiada orang.
“Tip daripada saya, jika nak lakukan kebajikan, lakukan dengan anak-anak sebagai satu projek keluarga,” kongsinya mengakhiri perbualan.
Dalam pekembangan lain, Naz Rahman dan keluarga akan menghiasi slot Family Firdaus di saluran Astro Oasis dan Astro Oasis HD pada 15 Mei 2019 pada jam 7.30 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!