Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mengakui dia banyak memberikan nasihat kepada dua anak terunanya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra dalam menjalani hidup sebagai seorang lelaki.
Katanya antara nasihat yang diberikannya ialah mengenai disiplin dan ketetapan masa.
“Nasihat yang sering saya bagi ialah mengenai ketetapan masa. Ia agak penting, tak kisah sama ada dengan ibu bapa, rakan atau bila sudah bekerja pada masa depan. Kena patuhi masa.
“Pada masa sama, mereka juga perlu pandai jaga diri kerana secara tidak langsung, mereka juga bawa nama saya. Orang kalau cakap fasal anak, mesti akan cakap oh anak Che ta. Kalau mereka sayang saya, kena jaga nama saya juga.
“Sebab bukan senang untuk kita bina nama sehingga pada tahap sekarang,” jelas Che Ta.
Sementara itu, pelakon Kiah Pekasam ini juga mengharapkan ketiga-tiga anaknya juga membesar sebagai individu yang bertanggungjawab.
“Secara dasarnya mereka memang ada passion terhadap apa yang dilakukan, pengajian dan masing-masing ada cita-cita tersendiri. Jadi pada masa depan, harapnya mereka turut ada rasa tanggungjawab.
Ditanya mengenai adakah anak-anak turut berkongsi mengenai teman rapat, Che Ta tidak menafikan perkara tersebut malah turut memberikan nasihat dan panduan.
“Ada juga tanya mengenainya. Kalau anak lelaki saya ada berkawan dengan mana-mana perempuan, saya selalu memberikan nasihat, on behalf kepada perempuan itu,” terangnya lagi.
Terdahulu, Che Ta juga bakal mengadiri program Nona #superwoman anjuran Majalah Nona Disember depan.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI