Penyanyi senior, Ramlah Rah ada memberikan dedikasi serta doa buat sahabat seninya yang telah pergi, Datuk Nassier Wahab.

Menerusi perkongsiaanya yang dibuat pada Ahad, bintang yang kini muncul dengan single terbaru, Masar Cinta turut berkongsi cerita saat berpadu suara dengan Allahyarham.

“Al-Fatihah buat sahabatku.. @datonassierwahab Hari ini 18hb April merupakan hari ulangtahun arwah. Gambar ini diambil pd bln April thn lps semasa majlis ulang tahun di rumah arwah.

“Patutlah semasa sy menyanyikan lagu #susahsenangkitabersama terasa satu perasaan yg lain dan berbeza drp biasa, sayu dan sebak.

IKLAN

“Rupa2nya itulah kali terakhir kita menyanyi bersama lagu tu.Terasa mcm arwah masih ada lagi,” tulisnya.

Ramlah pada masa sana turut mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.

“Rinduu kt nassier. Semuga tenang dan damai disana sahabatku.Marilah kita sama2 sedekahkn Al-fatihah buat arwah.

“Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah,” titipnya lagi.

Terdahulu, single berkenaan yang dimuat menerusi salah satu album Allahyarham merupakan satu-satunya lagu duet mereka berdua.

Foto: Instagram Ramlah Ram