Bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja semalam, ramai di antara pengguna media sosial yang memberikan dedikasi sempena sambutan berkenaan dalam pelbagai cara yang kreatif dan lucu.
Malah, selebriti juga tidak terkecuali memberikan kapsyen paling win buat hiburan para peminat mereka di platform Instagram.
Misalnya pelakon Diana Danielle yang tampil berkongsi beberapa foto kandid dirinya yang sedang posing bersama mop lantai!
“Astro call I cakap ada kerja…. so I datang la cantik2. Rupanya abg cleaner cuti so diorg nak I gantikan. Selamat Hari Pekerja SEMUA, korang rehat k I gantikan. Sejam seribu jew,” tulisnya sambil memberikan kredit kepada penaja pakaiannya pada hari itu.
Difahamkan, pelakon filem Hanyut itu berada di Astro baru-baru ini untuk sebuah program hiburan.
Pelakon, Ozlynn Wati secara terbuka mengakui dirinya tidak mahir untuk melakukan kerja-kerja menggosok pakaian.
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, tugas tersebut akan diambil alih oleh suaminya yang juga merupakan pelawak dan penyampai radio, Johan.
Katanya lagi, perkara berkenaan sudah pun ditetapkan sejak awal perkahwinan mereka.
“Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, memang dia yang akan tolong gosokkan baju saya. Benda dah ditetapkan dari dulu.
“Sebelum aku lubangkan baju-baju, baik dia sahaja yang gosok. Ya, sampai sekarang,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ibu kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Ozlynn turut memaklumkan, sejak daripada kecil, bapanya yang bekerja di dalam unit beruniform juga sangat cerewet dalam hal penyediaan pakaian.
“Aku rasa keluarga aku tak pandai menggosok sebab dari kecil semua abah aku yang gosok serta beruskan baju dan kasut sekolah kami.
“Anggota kan sangat cerewet bila gosok baju. Sebab tu anak-anak tak tahu. Sekarang, semua tu bahagian suami aku.
Saya sayang papa,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Scammer Geng Marhaban ini akui fobia untuk menggosok pakaian kerana pernah merosakkan baju sutera milik ibunya.
“Siapa yang macam aku sejenis risau bila nak menggosok. Aku pernahlah gosok baju mak aku, tak tahu apa yang salah sampai berlubang baju sutera mak aku.
“Jadi lagi fobia terus,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi hal yang sama selain turut menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang suka membantu.
“Saya pun sama. Sudah 33 tahun berkahwin. Tak pandai gosok baju dan tudung. Semua suami buatkan.
“Seronoknya suami pandai gosok baju. Suami kita tak pandai. Sanggup pakai baju yang tak perlu digosok kalau kita tiada rumah.
“Laki aku gosok lagi cantik dari aku.
“Saya pun suami yang gosokkan baju semua orang. Saya gosok masa raya sahaja,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz mendirikan rumah tangga dengan Ozlynn pada 25 Julai 2009.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ozlynn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha turut sama mahu membantu di kala negara sedang berdepan krisis penularan COVID-19 apabila bintang menyalurkan derma lebih RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga, serta individu yang memerlukan bantuan.
Kongsinya seperti yang dipetik Harian Metro, dia memulakan inisiatif itu sejak beberapa hari lalu meski pada awalnya, ia lebih beri fokus pemberian bantuan kepada golongan kurang berupaya demi meringankan beban.
“Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang.
“Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama.
“Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.
“Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Daiyan ada berkongsi beberapa platform buat mereka yang mahu menghulurkan sumbangan misalnya Mercy Malaysia.
“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia.
“Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik,” jelasnya lagi.
Selain Mercy Malaysia, Daiyan turut menyenaraikan organisasi bukan kerajaan IMARET dan MyCARE.
Terdahulu, perkara berkaitan turut dikongsikannya menerusi IG TV dan Insta Stories.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Daiyan Trisya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di media sosial baru-baru ini sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit dirempuh sebuah kereta yang enggan berhenti di lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam.
Kemalangan itu sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya menggunakan kamera papan pemuka (Dashcam).
Dilaporkan, ambulan terbabit yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang sedang menuju ke rumah pesakit di Taman Merak, Simpang Ampat kira-kira jam 8.15 pagi.
Kejadian berlaku apabila seorang pemandu kereta yang datang dari arah kiri tidak memberikan laluan kepada ambulan tersebut hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan lampu isyarat tersebut.
Akibat rempuhan itu menyebabakan ambulans kemudiannya melanggar pula sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dari arah yang bertentangan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid hanya seorang seorang penunggang motosikal cedera manakala pemandu ambulan dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambah beliau lagi, ambulan milik pusat perubatan swasta itu dikatakan tidak memberhentikan kenderaannya ketika lampu isyarat berwarna merah.
Dalam pada masa yang sama, seorang pemandu kereta yang datang dari arah kiri tidak memberikan laluan kepada ambulan tersebut hingga menyebabkan berlaku rempuhan di tengah persimpangan lampu isyarat terbabit.
Susulan daripada rempuhan tersebut, dua buah motosikal yang dilanggar mengalami kerosakan selain penunggangnya cedera dan terpaksa pula dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan susulan.
Kes itu disiasat di bawah Peraturan 17 LN167/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 manakala mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital.
Sumber : Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...