Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia tidak terlalu terbuka mengenai isterinya, Siti Hajaar sepanjang tempoh perkenalan mereka yang kini sudah pun memasuki usia empat tahun.
Jelas MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, perkenalan di media sosial telah membawa mereka munuju hari bahagia ini.
“Perkenalan kami sebenarnya bermula di media sosial dan kemudian beralih kepada bertukar-tukar hadiah. Kami dah kenal hampir empat tahun.
“Sebelum ada ikatan yang sah, kami tidak mahu timbul berbagai-bagai fitnah atau spekulasi yang tidak diinginkan.
“Saya memilih Siti Hajaar sebagai isteri kerana dia banyak mengajar saya tentang kehidupan dari segi adab dan percakapan. Dia banyak menegur saya ke arah yang lebih baik terutamanya batas pergaulan,” katanya kepada MH.
MH berkata sedemikian saat ditemui media selepas selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor pada Jumaat.
Ads
Pada masa sama, MK turut mendedahkan dia dan isteri hanya mengambil masa selama dua minggu untuk persiapan perkahwinan ini.
“Sebenarnya, perancangan kami ini seperti tidak pernah dibuat orang. Kami rancang l hanya dua minggu. Bukan kata saya nak cepat atau terkejar-kejar, cuma risau ada apa-apa yang berlaku. Jadi, tak salah saya cepatkan.
“Mulanya saya rancang nak aturkan sendiri majlis ini tapi rupanya susah juga. Alhamdulillah saya dapat bantuan daripada orang-orang hebat yang sanggup menolong terutama sekali pengurus saya.
“Saya mahu dahulukan keluarga dan perkara yang baik. Saya tak mahu ada halangan-halangan yang tidak diingini. Perkara ini sangat baik buat saya, isteri dak kedua belah keluarga.
“Dah lama kami rancang nak berkahwin cuma panggilan seru itu baru sampai sekarang,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya adakah mas kahwin berjumlah RM302 itu mempunyai maksud yang tersirat, penyanyi asal Sabah ini memaklum ia merupakah salah satu bait lirik yang telah menaikkan namanya didalam dunia seni.
“Mas kahwin untuk Wilayah Persekutuan adalah RM300. Jadi, saya tambah sahaja RM2. Kalau ikutkan, dalam satu lagu saya sebelum ini ada menyebutkan angka 302.
“Saya bukan nak permainkan mana-mana pihak cuma lirik tersebut telah menghidupkan saya di dalam industri ini. Ia permulaan saya dalam dunia rap. Boleh dikatakan juga ia seperti trademark saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Siti Hajaar turut mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk berhadapan dengan asam garam dunia seni suaminya itu.
Ads
“Apapun yang berlaku, saya tetap kena bersedia juga untuk menghadapi segala rintangan-rintangan yang akan datang.
“Saya dah persiapkan diri untuk sentiasa sabar kerana saya memang memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti,” katanya.
Terdahulu, MK telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan Siti Hajaar dengan hanya sekali lafaz pada pagi Jumaat.
Pasangan ini juga telah melangsungkan majlis merisik dan bertunang pada tanggal 7 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sikap suka pamer aset dan kemewahan di laman media sosial seakan sudah seperti menjadi perkara yang normal buat sesetengah pengguna media sosial.
Pelakon Hisyam Hamid misalnya, mempunyai pendapat tersendiri mengenai perkara tersebut.
Menurut pelakon berusia 33 tahun ini, hal tersebut ada kesan baik dan buruk andai ia dikongsi menerusi laman media sosial.
“Pada saya, ia berbalik kepada diri kita sendiri apa niat dan tujuan kita untuk menunjuk kekayaan di laman media sosial.
“Adakah untuk memberi input yang positif atau pun negatif. Dari sudut positif mungkin orang itu menunjuk kekayaan di laman media sosial sebab nak memberi semangat kepada orang lain untuk menjadi satu sumber pembakar semangat untuk bersama-sama berkerja keras mencapai impian.
“Tapi kalau dari sudut negatif dengan niat nak menunjuk-nunjuk semata-mata untuk riak, sebolehnya elakkanlah.
“Pucuk pangkalnya kita kena tanya dengan diri kita sendiri apakah niat dan tujuan kita untuk menunjuk kekayaan di laman media sosial.
“Tuan punya badan sendiri tahu lah apa motif dia buat macam tu sebab Hisham pun tak boleh nak komen sangat pasal benda ni sebab itu hak masing-masing, sosial media akaun mereka jadi suka hati merekalah nak post apa pun kalau tak suka boleh unfollow,” jelasnya.
Pada masa sama, bintang Hero The Movie ini juga mengakui dia bukanlah individu yang gemar berkongsi hal sedemikian.
“Jujurnya, saya tak berapa gemar untuk menunjuk apa-apa yang dirasakan tidak penting di media sosial.
“Sebab ada ketikanya, saya rasa lebih selesa simpan untuk diri sendiri dan famili saja,” katanya lagi kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Hisyam bakal muncul dalam sebuah filem televisyen, GENG yang akan ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 18 Julai depan.
Antara barisan pelakon yang turut sama terlibat dalam filem televisyen berkenaan ialah Sherry Al Hadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisa, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Amira Othman ada menitipkan kata nasihat mengenai solat tiang agama bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Amira atau Nadia Amira Othman, dia menyarankan umat Islam untuk memyempurnakan ibadah solat.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Hati-Hati ini, adalah amat penting untuk menitikberatkan soal ibadah solat.
“Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita?
“semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakan lah solat sbb itu lah yg akan di tanya nanti,” tulisnya.
Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa syukur kerana telah selesai melakukan fardhu Haji di Tanah Suci Mekah.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut berkongsi pengalaman ketika berada di tanah suci.
“Alhamdulillah, selesai sudah ibadah Haji saya disini. Td selesai tawaf wida’, sekarang dlm perjalanan menuju ke Jeddah.
“My hajj journey was so amazing. Dari sampai je disini dgn menjaga dlm ihram, berwukuf di Arafah- alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya.
“Terus ke Muzdalifah mengutip batu utk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram utk tawaf & saie(masa kami sampai org tk ramai sgt) first time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya(read ‘nangehmcmbudakkecik).
“Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata.
“Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina utk bermalam selama 3 hari.
“Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal td,” kongsi Wany.
Malah, penyanyi berusia 27 tahun ini juga tidak lupa akan peminatnya yang sentiasa menyokong perjalanan sebagai anak seni.
“Doa-doa anda mana yg sempat wany dah bacakan disini, terima kasih banyak2 yg mendoakan wany.
“Wany doakan awak semua dpt ke sini dgn keluarga tersayang insyaAllah,” tulis Wany.
Bekas Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), malam ini.
Berita duka itu disahkan oleh menantunya,...