Pihak Chatime Malaysia tampil menjawab berhubung isu melibatkan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suami, Haris Ismail (PU Riz).
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya memberikan kenyataan berikutan isu Neelofa dan Haris yang didakwa sedang berbulan madu sebuah pulau peranginan sehingga dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana merentas negeri.
Chatime Malaysia menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram mereka malam tadi, menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut kenyataan yang dimuat naik, Neelofa dalam rangka lawatan kerja menerusi pembukaan cawangan baru Chatime di Zon Utara iaitu Langkawi dan Sungai Petani, Kedah serta Kangar, Perlis.
“Kenyataan rasmi berkenaan lawatan kerja melibatkan Neelofa untuk tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru Chatime di Zon Utara (Langkawi & Sungai Petani (Kedah), Kangar (Perlis). Terima kasih,” kata kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut turut menyatakan lawatan berkenaan turut melibatkan beberapa kakitangan dari Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia.
Malah, kebenaran untuk merentas negeri juga telah diperolehi dari balai polis berdekatan, dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Ads
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni menerusi laporan media mengesahkan Neelofa ke pulau peranginan atas tujuan kerja.
Menurutnya, wakil syarikat produk minuman terbabit membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis Sri Hartamas.
“Hasil semakan mendapati borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan keluar empat individu itu bermula 27 Mac hingga 4 April untuk urusan kerja.
Ads
“Syarikat terbabit mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain sebagai mewakili mereka untuk melawat lokasi perniagaan yang akan dibuka di sana,” katanya, sebagaimana yang dipetik daripada Harian Metro.
Bagaimanapun, sekiranya terbukti Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak polis boleh mengambil tindakan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.
Terdahulu beberapa gambar memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang didakwa sampai di Langkawi tular di media sosial dengan dakwaan mereka berbulan madu, selepas tiga hari diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Sumber: Instagram Chatime Malaysia, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pengacara, Ali Puteh, meluahkan rasa geram selepas ada segelintir pengikutnya di Instagram yang bertindak memberikan komen-komen negatif terhadap foto anaknya, Syed Umar Iskandar.
Malah, mereka turut dilihat sengaja meninggalkan komen-komen berbaur perlian pada entri tersebut.
Insiden berkenaan jelas mengundang rasa kurang senang di hati Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan.
Lantaran itu, Ali dilihat telah tampil bagi mempertahankan anaknya itu sekali gus memberikan amaran kepada individu-individu terbabit untuk tidak lagi berkata mengenai perkara sedemikian.
“Dah tua-tua jaga sikit mak cik. Makan penampar mulut tu pecah nanti. Jangan kata anak aku makcik. Esok makan penampar lurus mulut tu makcik.
“Pergi sembahyang doa panjang umur. Esok-esok nak mati dah. Pergi jaga amal lagi baik dari mengata sane sini mak cik. Ingat jaga mulut ye mak cik. Mau aku sental dengan cili api nanti,” tulisnya di ruangan komen.
Pada masa sama, terdapat juga segelintir netizen yang berasa kesal terhadap tindakan individu berkenaan yang dilihat tidak sensitif kerana melibatkan anak kecil yang tidak berdosa itu.
Terdahulu, Syed Umar telah dilahirkan pada tanggal 25 September 2020 dan nama tersebut juga telah diberikan sempena memperingati pemergian abangnya Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih popular dengan panggilan Abam Bocey.
Ali yang juga merupakan anggota kumpulan lawak, Puteh telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Melati Fitri Abdullah pada Mei 2016.
Selain Syed Umar, pasangan ini turut telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaituSharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.
Sumber: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, penyanyi Khai Bahar telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 25 tahun bersama kelab peminat ‘Khai Bahar Empire’ di Dewan Shazac Bestari, Gombak.
Majlis yang disambut meriah itu turut dihadiri keluarga, peminat dan rakan-rakan media.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bayang’ itu telah mengukir senyuman kerana berasa terlalu gembira atas sokongan peminat yang sentiasa menyokong kariernya sehingga ke hari ini.
“Kepada semua penyokong Khai, terima kasih kepada tidak henti menyokong,”
“Khai harap anda semua sentiasa bersama saya..”katanya kepada MH.
Ditanya Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Bin Baharuddin mengenai soal jodoh dan pasangan hati pula, Khai mempunyai jawapannya sendiri.
“Masih lagi single lah..”
“Walaupun clishe tapi sejujur memang single.”
“dan InsyaAllah ada jodoh ada lah..”
Disamping itu, Pemenang Anugerah Penyanyi Lelaki Popular 31 memberitahu, dia masih belum memikir soal jodoh walaupun sudah mencecah 25 tahun.
Malah, Khai juga turut berkata bahawa dia akan merancang untuk berkahwin apabila sudah mencecah usia 30 tahun.
“Bila nak? Atas 30 macam tu boleh lah..”
“Bagi pakcik pakcik sikit”
“Bagi orang kata matang sikit nak berumahtangga sekarang macam muda lagi takut..”jawab Khai.
MH mendoakan semoga Khai Bahar panjang umur,dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam nyanyian.
Untuk rekod, Khai Bahar telah dilahirkan pada tanggal 28 Februari 1994 di Perlis.
Foto : Instagram Khai Bahar FC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Musim perayaan ini pastinya pertanyaan ‘menusuk kalbu’ bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata ialah ‘bila nak mengandung ‘ atau ‘bila nak ada isi’.
Ada ketikanya soalan sedemikian mungkin agak sensitif bagi sesetengah individu.
Bagaimanapun, Khiriah menjelaskan, sekiranya pasangan suami isteri masih belum dikurniakan anak, anggap sahaja ia sebagai satu kelebihan yang dikurniakan Allah untuk terus bercinta.
Usah sesekali mengeluh, sebaliknya jawab pertanyaan dengan berhemah.
“Bukan 1 perkara yang mudah bila maid takde, takkan sesekali biarkan anak terkontang kanting tak berjaga. Sebab itu berjalan suami, berjalanlah akak.
“Maka bersyukur pada yang lom ada anak. Allah suh berjalan puas2 sampai pecah tumit. Jangan mengeluh, orang tanya bila nak ada anak…’sabar acik, anak otw ada kat simpang 4,” tulisnya di Instagram.
Tersentuh dengan perkongsian pelakon Nur ini, netizen turut meluahkan rasa hati apabila masih belum dikurniakan cahaya mata.
Siapa kita untuk menidakkan takdir Allah, setiap ‘hadiah’ itu akan muncul tepat pada masanya, tidak kurang atau lebih sesaat, insyaAllah.
Foto : Instagram Noor Khiriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!