Pelakon, Fauzi Nawawi sering saja berkongsi potongan video viral yang berlaku di seluruh dunia. Malah, apa yang dikongsikan itu mendapat reaksi pelbagai netizen.

Misalnya minggu lalu, suami kepada aktres Lisdawati ini ada memuat naik video pendek beberapa ahli jawatan kuasa masjid sebuah negara yang sedang menebang sebatang pokok gergasi yang dipercayai terletak di bahagian dalam masjid berkenaan.

Namun yang peliknya, difahamkan ia ditebang selepas mendapat rujukan dari imam berikutan berlakunya kes kecurian teko di lokasi sama.

“PERKARA INI PELIK TAPI BENAR. Hairan AJK masjid teko yg dibeli selalu hilang… siapa yg selalu ambik atau curi.

IKLAN

“Ada pokok besaq dlm kawasan masjid… iman suroh tebang pokok tu… tengok semua teko yg hilang ada dlm batang pokok tu… rupa2nya jin yg curi dan simpan dlm batang pokok tu,” tulisnya.

Selepas ditebuk pada bahagian dalamnya, kelihatan ratusan biji teko yang sudah berkarat ditemui ‘dari dalam perut’ pokok berkenaan sambil diperhatikan penduduk.

IKLAN

Lalu menerusi ruangan komen, peminat masing-masing memberikan padangan mereka yang tersendiri.

“Rupanya Jin Yang Curi Dan Simpan Dalam Batang Pokok Tu,” – Fauzi Nawawi

IKLAN

“Rupanya Jin Yang Curi Dan Simpan Dalam Batang Pokok Tu,” – Fauzi Nawawi

Foto: Instagram Fauzi Nawawi

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI